BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 31, 2009

Salam Perkenalan

Salam Satu Malaysia

Hari ini aku mulakan penulisan bicara pena dari hati ini kepada semua yang mengenali diri aku dan yang ingin mengenaliku. Aku hanyalah seorang graduan UPSI yang masih belajar di UPSI. Banyak pengalaman, cabaran, dugaan serta pandangan yang aku peroleh dari situ. Hmm… betullah kata cikgu-cikgu zaman sekolah dulu, “Rashid awak kena pandai survive bila berada di universiti” Alhamdulillah, sekarang ini aku berada di semester 7 dan akan tamatkan pengajian pada OGOS 2010.

Hidup sebagai mahasiswa, bukan mudah, hidup sebagai pemimpin juga bukan mudah, walaubagaimanapun, aku tetap seperti kalian juga mempunyai sahabat-sahabat yang mengerti dan memberi sokongan dan serta semangat selain ibu bapa di rumah.
Jadi aku harap, Bicara Pena Hati ini akan memberi pembaca semua informasi dan sedikit perkongsian pengalaman aku supaya menjadi inspirasi kepada anda semua...

achit kata : liku dan cabaran merupakan asam garam kehidupan, dan mematangkan setiap insan di dunia.