BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 28, 2010

SMU??? MSK??? OFF....

Salam

Pejam celik pejam celik, dah sebulan achit bekerja di Real desire... fuh masa begitu cepat berlalu. Hmm... teringat setahub yang lalu, achit bersama teman2 dalam menjayakan Minggu Suai Kenal. Bila terkenang saat-saat MSK, pastinya banyak yang manis. Minggu Suai Kenal merupakan salah satu platform kepada mahasiswa untuk mengasah bakat kepimpinan dan mempelajari pengurusan stress dalam sesuatu keadaan. Seriusly, achit memang banyak belajar daripada Minggu Suai kenal. Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU), itulah platform yang mendidik achit menjadi seorang pemimpin. Senior-senior SMU dulu banyak memberikan ilmu. Dan SMU jugalah yang menyebabkan kedhidupan di kampus sebagai sebuah keluarga. Bukan nak bangga sebab semua orang kenal, tapi bila menyertai sahaja Sahabat Mahasiswa Universiti, we are Family.

Hmm... banyak yang achit pelajari dalam minggu suai kenal. Setakat ini, achit dah menyertai 5 minggu suai kenal dan semuanya ada pelbagai ragam kawan-kawan. Dapat kenal senior, dapat kenal pegawai, dapat kenal junior jugak.... Silap haribulan boleh sangkut junior menjadi pasangan hidup.... hahaha... Hmm, bila keluar dari universiti, memang rindu saat2 bertugas bersama-sama dalam organisasi....

Namun, SMU sekarang ini tidak lagi seperti dulu. Ada yang menyatakan kronisme, sedangkan dari dulu lagi SMU tidak mengamalkan kronisme, sesiapa yang berminat, isi borang, temuduga dan menjadi ahli. Kewujudan SMU di kampus UPSI menyebabkan UPSI meriah dengan pelbagai aktiviti di peringkat global. Siapa yang menjayakan kalau bukan SMU. Juga ramai yang menjadi MPP atau tunjang utama universiti, kolej daripada asal usul SMU. SMU gah dahulu kerana menghasilakn graduan yang berkualiti bukan sahaja di Universiti, malah apabila menjadi guru di luar, mereka-mereka ini lah yang dikatakan anak kandung suluh budiman yang bitara. Lihatlah, senior-senior yang telah posting, semuanya memegang jawatan penting di sekolah sekarang.

Tetapi, hari ini SMU sudah terkubur begitu sahaja di kampus. Malah di bumi Tanjung Malim tidak lagi oarang tahu tenang SMU. Mahasiswa semakin lesu, program di peringkat global juga berkurang, tiada kredibiliti junior2 UPSI. Mungkin betul jugak, mereka tidak ada platform untuk terus ke hadapan seperti SMU dulu. Hmm.... apa sudah jadi? Nak kata senior tidak turunkan ilmu, ia tidaklah benar sama sekali, nak kata mahasiswa makin tidak suka menyertai program-program universiti, mungkin juga. Entahlah, ada sesetengah pihak yang mahu matikan terus SMU di bumi Tg Malim. Hmm... bagi senior-senior ianya tidak menjadi kepentingan langsung, tapi bagi yang junior tidak ada lagi kesinambungan tampuk kepimpinan universiti sekarang ini. Fuh..... sedihhhh....

Minggu Suai Kenal untuk ambilan kali ini, tidak ada langsung seorang senior pon yang join. Ini kerana pengarah MSK tidak mahu seorang senior pon join. Kenapa erk? Sebab Tuan pengarah MSK kali ini mahukan PERUBAHAN. Beliau mahu PERUBAHAN. Jadi sama-sama kita lihat PERUBAHAN tersebut. Banyak sangat aduan, kritikan, pandangan, kejian, pujian dan tohmahan yangs enior terima tentang kepimpinan MSK kali ini yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ada jugak senior SMU yang tidak sampai hati turun padang semasa Bengkel, namun rakan tersebut di sindir oleh Pengarah MSK kali ini di hadapan khalayak ramai. Hmm.... ini lah perubahan yang dibawa oleh mereka. Senior2 berharap supaya tidak ada yang bergaduh sepanjang minggu Suai kenal. MSK terlalu manis bagi kami kerana dari situlah wujud segalanya. Berikanlah tanda positif pada junior2 akan datang supaya kehidupan kampus ini menyeronokkan. Segala konflik dalaman jangan di tunjuk di hadapan, tetapi tunjukkan anda adalah terbaik dalam MSK. Jangan mencalarkan nama universiti dengan sikap yang tidak profesional. Ini ingatan dan bukan nasihat..... Senior2 MSK tetap mendoakan kejayaan junior2 dalam mengendalikan Minggu Suai Kenal ini. Bagi yangs enior-senior pulak, jom ramai2 memeriahkan lagi Majlis Perkahwinan Sahabat SMU kita Abg Hakim Protokol di Klang pada 4 Julai ini.

achit kata: Pengalaman lebih berharga daripada pembaharuan. Belajar dari pengalaman untuk membuat pembaharuan dan bukan tolak pengalaman kerana ianya pahit.....

Wednesday, June 16, 2010

Dekan 8 sem? 4 flat? huhu

Salam


Sukur Alhamdulillah ke atas Allah Taala, kerana achit layak dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Perakaunan setelah result exam telah keluar semalam. Untuk pengetahuan semua, achit bersyukur sangat sebab buat kali ke-8 disenaraikan sebagai senarai dekan. Hmm. Tidak sia-sia usaha selama 4 tahun berada di UPSI. Cuma frust sikit sebab tidak dapat ijazah sarjana muda kelas pertama. Achit hanya layak Ijazah sarjana muda kelas ke-2 atas sahaja. Tapi x pe sebab achit bersyukur sangatttt...
.
Buat masa ini, achit akan bekerja di Real Desire Production sebagai Financial Officer sementara menunggu posting sebagai Pensyarah Perakaunan di Politeknik @ Kolej Komuniti. Doakan posting ini akan dijalankan dengan segera....

Bersama-sama ini achit kongsikan result achit dari sem 1 hinggalah sem 8 supaya menjadi motivasi kat adik2 junior supaya lebih gigih berusaha dalam akademik. Aktif di universiti bukan menjadi halangan untuk kita supaya terus belajar sebenarnya. Achit tidaklah pandai sangat dan bukan jenis study 24 jam macam kawan-kawan lain. Kawan-kawan hebat sebab boleh menghadap buku lebih dari 1 jam. Achit study 40 minit je maksimum, pas 2 macam biasalah mengacau orang lain study. Huhuhu.

SEMESTER ------- PNGS --------PNGK
-------1-------------- 3.73--------- 3.73

-------2 ------------- 3.52----------3.62

-------3 --------------3.56--------- 3.6
-------
4 -------------- 3.72 -------- 3.63
-------5--------------- 3.73---------3.65

------6--------------- 3.58---------3.64

-------7--------------- 3.78--------- 3.65

-------8--------------- 4.00--------- 3.68


Achit dapat jugak merasa bagaimana orang yang dapat 4.00 dalam result. Sebab, praktikum achit dapat A. So, hepy sangatttttttt..... Terima kasih kepada Pensyarah Dr Jane kerana memberi tunjuk ajar walaupun dia seorang yang tegas dan garang, tapi semuanya berjalan dengan baik. Achit juga ingin ucapkan terima kasih kepada semua warga SMART sebab membantu memberi tunjuk ajar sebagai tenaga pengajar.

Akhir sekali terima kasih kepada semua kengkawan di UPSI yang sentiasa memberi kritikan, pandangan, dan teguran sepanjang berada di UPSI. Kenangan berada di UPSI selama 4 tahun memberi banyak makna dalam hidup seterusnya memberi banyak erti kehidupan sebagai manusia. Tidak lupa jugak ngan adek beradeik UPSI, dak2 akaun sume, pensyarah FPE UPSI, seterusnya semua yang kenal secara rasmi @ tidak.... hehehe....

achit kata: Aktif di universiti sebenarnya membantu kita untuk lebih berusaha dalam akademik kerana akan wujud satu perasaan bimbang sebab banyak x cover, tapi akhirnya mantappp result.... So teruskan aktif erk....

Friday, June 11, 2010

Kerja oh kerja!!! Posting???

Kerja….

Bermula 8 Jun 2010, achit dah mula bekerja di sebuah firma penyewaan kamera dan video untuk shoting iaitu Real Desire Production Sdn Bhd. Achit bekerja disitu sebagai pegawai kewangan yang menjalankan proses perakaunan yang telah dipelajari sebelum ini. Hmm... lagi pun semua itu achit telah belajar dalam subjek Management Information System di Universiti dulu. Paper killer sem 7 tersebut sekarang ini digunakan untuk bekerja. Tak silap achit, papaer 2 bleh A- bawah kendalian En Shahrul.

Hmm.. so far dah 4 hari bekerja dalam syarikat ini, kebanyakannya kerja achit masukkan data dalam sistem UBS dan membuat kerja-kerja admin seperti buat invois, Purechase voucher dan pergi bank untuk tunaikan cek. Memang lari terus daripada bidang mengajar yang selama ini dah jadi darah daging achit. Nak wat cam mana? Rezeki masing-masing. Achit masih lagi menunggu result praktikum yang x keluar2 lagi sejak 14 Mei 2010. Yang peliknya result student DPLI UPSI yang tamat praktikum pada 28 Mei dah keluar. Ntahlah???

Balik pada cerita kerja, semalam boss ajak pergi makan dekat Tomtam Seafood. Best!!! Then g shopping beli barang persiapan majlis birthday anak dia malam nie.... hehehe.... Kalau korang nak tahu, boss achit sebenarnya cousin achit sendiri. Thats why lah best kije. Hahaha....

Achit mula bekerja dari jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang sahaja. Hmm... bolehlah bangun lewat sikit lepas Subuh. Kalau dulu, pukul 5.30 dah kena bangun pergi sekolah. Maklumlah sekolah jauh 30 km dari rumah.

Berita Baik!!!

Boss bagitahu kalau tidak ada posting lepas nie, terus bekerja dengan dia. Fuh, ini berita baik lah bagi achit supaya tidak terus menanam anggur di rumah. Achit dah dapat rasa posting ke politeknik atau kolej komunti mengambil masa yang lama kerana prosedur kerajaan paham-paham je lah.... yang penting sekarang achit kena mula berfikir tentang masa depan....

Tusyen???

Walaupun bekerja sebagai pegawai kewangan di Real Desire Production Sdn Bhd, achit masih pergi mengajar tusyen setiap hari sabtu di Pusat Tusyen Pustaka Ilmu di Puchong. Fuh, gigih achit bekerja sekarang ini untuk mengumpul duit demi masa depan diri sendiri.... achit still mengajar subjek achit iaitu perakaunan dan Bahasa Melayu SPM di situ.

Hmm... achit nak gtaw semua kengkawan bahawa achit bukan menanam anggur dirumah lagi k, tapi gigih bekerja sekarang ini. Hahaha... Kepada semua kengkawan, kita bertemu semasa Pesta Konvokesyen UPSI pada 12-16 Oktober k. Masa 2 kita bukak cerita masing2.... lalala.....

achit kata: Gigih bekerja tanda orang yang rajin dan sentiasa berfikir tentang masa depan.... ANDA BAGAIMANA????

Friday, June 4, 2010

~ Serabut Otak ~

Serabut Otak....

Salam

Kali ini kepala achit berserabut memikirkan tentang masa depan kerjaya. Dah 3 minggu achit duk menanam anggur di rumah. Hmm... apa yang menyebabkan achit serabut???

1. Memikirkan tentang result praktikum yang x keluar lagi
2. Call bahagian KPTM yang x pernah nak jawab telefon
3. Memikirkan tarikh konvokesyen yang lambattttt daripada IPTA lain
4. Memikirkan aktiviti sebelum konvokesyen
5. Boleh @ x isi borang posting KPM
6. Cepat @ lambat jadi seorang pensyarah di Politeknik @ Kolej Komuniti
7. Apakah biasiswa SLTP ini menjamin kerjaya masa depan
8. Bila boleh bergaji dengan sendiri
9. Bila boleh mendapat fix job
10. Apa aktiviti sebelum mendapat fix job
11. Macam mana nak cari duit poket
12. Bila boleh guna kereta sendiri

Semua benda ini menjadkan kepala achit serabut dalam 2 3 minggu ini. UPSI kali ini grade paling lewat iaitu pada Oktober. Bila grade lewat, maknanya transkrip pon lewat, jadi kelayakkan tinggi sementara memohon job hanya dengan SPM. Sungguh x berbaloi. UPSI memang tidak tahu tentang kehendak dan kepuasan pelanggan iaitu student, depa pk senang depa je dan tidak pk tentang keselesaan dan senang studentnya.

Tempoh 4 bulan sebelum konvokesyen sangat lama dan achit sangat serabut sebab universiti lain dah boleh grade awal bulan Ogos dan hujung bulan Julai, tapi kenapa UPSI sampai bulan Oktober? Fuh serabuttttttttt....

Hmm... achit merupakan salah seorang tajaan Biasiswa Skim Latihan Teknikal Politeknik @ Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi. Achit di larang untuk memohon jawatan selain daripada kontrak dengan KPTM ini. So, dilarang untuk memohon guru sandaran terlatih di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia coz lain kementerian. Serabuttttttt.....

Sunnguh serabut kepala otak ini dan achit akan terus berpk untuk cari solution. Fuh, hidup ini sebenarnya bergantung pada Luck juga. Hmm maknanya bergantung pada rezeki masing-masing. Kita manusia perlu berusaha dan sentiasa bertawakkal...

Eh dah 12.30 kot, so nak mencari ketenangan untuk menclearkan keserabutan otak ini. Hmm bersiap sedia untuk solat jumaat. Jom semua...........

achit kata: Kita perlu terus ber pk untuk mencari penyelesaian hidup kerana tidak ada benda yang mudah di dunia ini sekiranya tidak berusaha untuk menyelesaikannya.... lalala

Wednesday, June 2, 2010

Ragam kerja di SMART


Salam

Seperti yang achit janjikan sebelum ini, post kali ini berkaitan dengan ragam manusia SMART. Hmm... achit mulakan dengan cikgu-cikgu dia dulu k. Cikgu-cikgu SMART sume best2 tapi organisasi mana yang perfectkan. Kalau dah jadi orang melayu, pasti x lari dengan kelayakan PHD. Opps korang x taw ke PHD = Perasaan Hasad Dengki. Well, biasa lah, kalau seseorang yang lebih bagus daripada orang lain, akan wujud satu perasaan yang agak tidak menyenangkan (ni keje setan k). Walaubagaimanapun, terdapat banyak gak insan yang baik di SMART seperti Pn Haniza Abd Aziz, Pn Aniza Md Arif, Pn Azah Abd Aziz, Pn Nornie, En Khairul, En Zaikham, Uztek Madi, Pn Kamilah Noor, Pn Azamima, Pn Alya Low (ngan depa nie kije sume senang).


Hmm... satu kisah tentang ragam manusia yang hampir jadi pertelagahan:

Kisahnya bermula ketika persiapan Majlis Augerah Cemerlang SMART 2010. Korang sume bayangkan, 1st kali masuk meeting tersebut, dah macam2 dalam benak tuk dilakukan. Tapi, sumenye berubah sebab, meeting nie dari jam 1.40 petang sampai 4.15 petang. Gila x gila meeting punya lama, sampai ada cikgu yang terlelap. Korang tahu apa yg terjadi? Si pengerusi 2, g baca sorang2 punya bidang tugas and explain satu2 macam orang lain x reti baca. Fuh sejam pertama aku ok lagi, jam yang ke dua 2, memang aku dah hot. Even kalau meeting Pesta Konvokesyen dulu pun x pernah lama ( paling lama sejam je) chop, 2 masa aku jadi Timbalan pengarah 2, n my friend Faiz pengarah pesta konvo. Masa 2, tema kami, bukan bincang masalah tapi bincang solution je. Fuh rindu plak masa belajar and handle program besar universiti. Miss u guys!!!

Balik pada cita meeting tadi, sume orang tenshion sampai ada sorang cikgu 2 bangun, Pengetua kami x sembahyang zohor lagi dan petang ada latihan rumah sukan. Terus pengetua cantas pengerusi yang beria-ia bercakap dalam meeting 2. (salute sebab pengetua cemerlang). Korang taw x apa alasan pengerusi 2 wat meeting lama2 and mesti korang ter pk kan kenapa dia x fotostatkan sahaja bidang tugas kepada AJK berkaitan. Alasannya: JIMAT KERTAS. Fuh....

Kerja kumpulan sangat penting dalam organisasi

Then, sehari sebelum majlis:

Opps, aku x boleh ceritakan kerana ianya sungguh x masuk akal, bergaduh sebab muzik iringan masuk je. Then benda kecik jadi besar.... STOP!!!

Selepas majlis:

Jangan jadi gila kuasa dalam meeting organisasi.

Aku x puas hati then korang tahu apa yang aku buat? Aku g tulis banyak2 dalam borang post mortem. Hmm... baru aku sedar, rupanya cikgu praktikum di sekolah dianggap sebagai bayi baru lahir tanpa tahu apa2. Hmm... depa silap kot, bagi aku, tolonglah terima perubahan, jangan berada di takuk yang lama lagi. Pleaseeeeeeee gunakan idea-idea dalam satu-satu majlis. Hmm... serius rindu zaman handle program dengan kawan-kawan....

Hmm... balik pada tajuk post, overall, manusia-manusia di SMART semua baik2, Cuma ada sebahagian je yang dengki dan terancam dengan kehadiran cikgu-cikgu praktikum UPSI. Hmm... lagi satu kes, kesian kawan DPLI yang dapat cikgu pembimbing keji. Dia pon X student UPSI, (result praktikum dia B je k). Jadi dia balas dendam pada cikgu praktikum DPLI tersebut dan menulis bukan-bukan dalam wall Facebook dia. Nasib baik dia mengandung, kalau x, lama dah kena lahar.... (baik juga aku). Walaubagaimanapun, akhirnya dia perasan kot wall yang fire dia dalam facebook dan terus dia delete. Padan muka.

Hmm... rupanya banyak ragam orang yang dah bekerja nie erk. Aku kadang-kadang terpk kenapalah kami geng2 dompok x satu sekolah. Kalau sume geng2 dompok nie berada satu sekolah, sah2 sekolah 2 jadi terbilang di malaysia, masih bermimpi untuk mendapatkan situasi seperti itu.

Geng-geng SMU: Aku, Faiz, Shahrir, Suiz, Helmi, Ina, Emy, Rizal, Raimi, Izlan, Cik Tam, Cik Nab, Kherry, Anis Macho, Kak Kasya, Nuq Wan, Suhaimi, Bob Krol, Saripah Dora, Razik, Nuq Hairi, Nabila Soraya, Ain Razak, Wan Jang, Wan Chik, Md Shah, Zulfa, Feedo, Alif, Im kayu, Iza senget, Sally, Murni, Ilyana, and sume kengkawan SMU. Kalau semua satu sekolah, sah2 jadi the best school in Malaysia.... hehehe.... angan-angan tol.

Hmm... kalau kita nak berjaya and enjoy dalam pekerjaan, make sure kita dapat team kerja yang best, baru boleh develop career dengan berkesan.

Post akan datang, achit akan buka cerita tentang student achit di SMART.... lalala....

achit kata: Dalam sesebuah organisasi pasti wujud ular yang menunggu mangsa, so, sebagai insan yang profesional kita kena bersedia dan wujudkan suasana kerja yang harmoni. Lalala...... jom pk lagi!!!

Tuesday, June 1, 2010

Permohonan GST

Salam

Perhatian kepada semua warga UPSI semester 8:

Anda boleh mengisi permohonan GST dari 1 Jun 2010 - 30 Jun 2010.
Harap maklum!

laman: http://apps.emoe.gov.my/egst/mohon/index.cfm

achit kata: macam mana nak isi? kalau result praktikum x kluar2 lagi???? hukhuk!!!

Praktikum di SMART

Salam….

Sudah hampir 6 bulan saya menyepi dari blog ini. Maklumlah sibuk dengan praktikum di SMK Taman Keramat. Hmm.... kali ini achit akan menulis tentang pengalaman achit sepanjang praktikum sebagai seorang guru di SMK Taman Keramat, Gombak.

Alkisah sebelum praktikum:

Sepatutnya, achit bukan ke Sekolah Taman Keramat (SMART) seperti yang di sangka oleh ramai pihak. Sebenarnya, achit di buang ke sekolah tersebut kerana SAAS Kajang telah penuh. Oleh sebab itu, achit terima je coz malas nk pk banyak. Tuk pengetahuan korang sume, SMART nie terletak hampir 30 KM dari rumah achit. Pergi balik 60Km sehari. Jauh x jauh??? Setiap pagi mesti keluar rumah 6.30 pagi. Kalau x, lewatlah sampai ke sekolah SMART 2

Semasa Praktikum:

Sebahagian cikgu praktikum di SMART

Sepanjang berada di SMART, macam biase lah aku ni kan KEJI, mula2 student memang takut ngan kau sebab menggunakan dasar kekejian pembetulan 3 x kalau salah. Hmm, siap boleh dapat pangkat cikgu mulut puaka, hmm sape x kenal. Tujuan achit hanya satu iaitu mendidik dan yang paling penting objektif P&P tercapai. Lama kelamaan depa sume bleh ikut cara aku dan hasilnya ujian pertama paling tinggi 98%. Memang soalan susah, tapi sunggu x sangka ada jugak student yang boleh skor. Maknanya aku x ajar ajaran sesat eh... Masa 16 minggu di SMART seperti 16 hari je. Masa begitu mencemburui sehinggakan achit rasa baru sekejap je praktikum dah tamat.

Antara aktiviti yang telah achit jalankan di SMART:

1. Merentas Desa sekolah

2. Sukan Sekolah

3. Kem Kepimpinan SMART di UPSI (projek besar)

4. Melatih student tuk debat ala parlimen MSSD

5. Melatih student tarian zapin tuk show Hari Anugerah Cemerlang

6. AJK Hari Anugerah Cemerlang

7. Melatih student tuk sketsa Hari Guru Sekolah

8. Melatih dan menyiapkan perbarisan Rumah Laksamana

9. Melatih student bola tampar MSSD

10. Menjadi pengiring ke 2 ke Kejohanan bola tampar MSSD Gombak

11. Menjadi pengiring ke 2 ke Kejohanan Softball MSSD Gombak

12. Menjadi Pengiring ke Pameran Kerjaya Accounting di PWTC

13. Menjadi AJK Pertandingan Kawad Kaki Sekolah

Hmm... itu sahaja yang sempat achit lakukan dalam masa yang terdekat. Banyak ragam manusia yang achit jumpa di SMART. Hmm kalau nak diceritakan satu persatu, fuh, mmg x cukup. Kelas achit ada 5 iaitu 4A, 4B, 4C, 3C, 3D, 3B dan 3F ( dapat last minit). Aku memang keji dalam kelas, tapi yang penting p&p tercapai.

Hari terakhir di SMART adalah hari2 yang sungguh touching gak lah. Muka confident tapi dalam hati Allah je yang tahu. Hmm nak buat mcm mn? Setiap yg bertemu pasti berpisah. So, redha je... Tapi sepanjang berada di SMART, aku banyak belajar dari ragam manusia. Tuk post yang akan datang achit akan ceritakan manusia-manusia di SMART....

Sekian sahaja, langit gelap sini seolah2 memarahi someone.... takottt....

achit kata: Hmm pastikan anda semua katif di universiti k, kalau x mmg sakit kalo g praktikum t.... lalala, trademark terbaru iaiutu pk, pk dan terus ber pk....