BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Al Kisah.... Show all posts
Showing posts with label Al Kisah.... Show all posts

Monday, July 12, 2010

~ kurang 0.02 sahaja ~


Salam.

Selepas 4 tahun belajar di UPSI, semalam akhirnya tiba surat daripada pihak akademik UPSI. TAHNIAH!!! ANDA BAKAL MENERIMA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN PERAKAUNAN KELAS KEDUA ATAS. Achit bersyukur kerana telah berjaya menghabiskan program di UPSI selama 4 tahun. Banyak perkara dan ragam yang achit dapat sepanjang berada di UPSI.

Ya, memang benar, kali ini achit sedikit frust sebab kurang 0.02 sahaja untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda kelas pertama. Betullah kata orang, rezeki kalau tidak ada tak kemana jua. Mungkin kali ini bukan rezeki achit untuk memperoleh Ijazah Sarjuana Muda Kelas Pertama. Fuh.... kalau rajin sikit lagi pasti dapat punya. Tapi nak wat cam mana kan. Banyak itu sahaja rezeki achit. Mungkin ada hikmah di sebalik result 2nd class upper tersebut. Dengan perbezaan 0.02 mampu mengubah sebuah kehidupan kelak. Orangs elalu cakap, 2nd class upper ke, 1st calss ke, tetap jadi CIKGU... yew memang betul... tapi bila cakap soal kepuasan... achit rasa kalau dapat 1st class or result yang tinggi mesti dapat satu kepuasan dalam diri berbanding orang lain. Walaubagaimanapun achit dapat merasa memperoleh 4.00 pada semester akhir dan nikmat memperoleh senarai dekan bagi 8 sem berturut-turut. Alhamdulillah....

Hmm... walaubagaimanapun, achit tetap bersyukur dan berharap terus cemerlang dalam akademik apabila menyambung pengajian di peringkat master dan PHD kelak. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukannya. Hopefully umur 30 at least dah ada master. Kawan-kawan semua doakanlah yew....

achit kata: Kalau 1st class sekarang, kowg x payah bayar PTPTN sesen pown taw... so jangan tinggalkan peluang yang diberikan oleh goverment kita....

Monday, June 28, 2010

SMU??? MSK??? OFF....

Salam

Pejam celik pejam celik, dah sebulan achit bekerja di Real desire... fuh masa begitu cepat berlalu. Hmm... teringat setahub yang lalu, achit bersama teman2 dalam menjayakan Minggu Suai Kenal. Bila terkenang saat-saat MSK, pastinya banyak yang manis. Minggu Suai Kenal merupakan salah satu platform kepada mahasiswa untuk mengasah bakat kepimpinan dan mempelajari pengurusan stress dalam sesuatu keadaan. Seriusly, achit memang banyak belajar daripada Minggu Suai kenal. Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU), itulah platform yang mendidik achit menjadi seorang pemimpin. Senior-senior SMU dulu banyak memberikan ilmu. Dan SMU jugalah yang menyebabkan kedhidupan di kampus sebagai sebuah keluarga. Bukan nak bangga sebab semua orang kenal, tapi bila menyertai sahaja Sahabat Mahasiswa Universiti, we are Family.

Hmm... banyak yang achit pelajari dalam minggu suai kenal. Setakat ini, achit dah menyertai 5 minggu suai kenal dan semuanya ada pelbagai ragam kawan-kawan. Dapat kenal senior, dapat kenal pegawai, dapat kenal junior jugak.... Silap haribulan boleh sangkut junior menjadi pasangan hidup.... hahaha... Hmm, bila keluar dari universiti, memang rindu saat2 bertugas bersama-sama dalam organisasi....

Namun, SMU sekarang ini tidak lagi seperti dulu. Ada yang menyatakan kronisme, sedangkan dari dulu lagi SMU tidak mengamalkan kronisme, sesiapa yang berminat, isi borang, temuduga dan menjadi ahli. Kewujudan SMU di kampus UPSI menyebabkan UPSI meriah dengan pelbagai aktiviti di peringkat global. Siapa yang menjayakan kalau bukan SMU. Juga ramai yang menjadi MPP atau tunjang utama universiti, kolej daripada asal usul SMU. SMU gah dahulu kerana menghasilakn graduan yang berkualiti bukan sahaja di Universiti, malah apabila menjadi guru di luar, mereka-mereka ini lah yang dikatakan anak kandung suluh budiman yang bitara. Lihatlah, senior-senior yang telah posting, semuanya memegang jawatan penting di sekolah sekarang.

Tetapi, hari ini SMU sudah terkubur begitu sahaja di kampus. Malah di bumi Tanjung Malim tidak lagi oarang tahu tenang SMU. Mahasiswa semakin lesu, program di peringkat global juga berkurang, tiada kredibiliti junior2 UPSI. Mungkin betul jugak, mereka tidak ada platform untuk terus ke hadapan seperti SMU dulu. Hmm.... apa sudah jadi? Nak kata senior tidak turunkan ilmu, ia tidaklah benar sama sekali, nak kata mahasiswa makin tidak suka menyertai program-program universiti, mungkin juga. Entahlah, ada sesetengah pihak yang mahu matikan terus SMU di bumi Tg Malim. Hmm... bagi senior-senior ianya tidak menjadi kepentingan langsung, tapi bagi yang junior tidak ada lagi kesinambungan tampuk kepimpinan universiti sekarang ini. Fuh..... sedihhhh....

Minggu Suai Kenal untuk ambilan kali ini, tidak ada langsung seorang senior pon yang join. Ini kerana pengarah MSK tidak mahu seorang senior pon join. Kenapa erk? Sebab Tuan pengarah MSK kali ini mahukan PERUBAHAN. Beliau mahu PERUBAHAN. Jadi sama-sama kita lihat PERUBAHAN tersebut. Banyak sangat aduan, kritikan, pandangan, kejian, pujian dan tohmahan yangs enior terima tentang kepimpinan MSK kali ini yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ada jugak senior SMU yang tidak sampai hati turun padang semasa Bengkel, namun rakan tersebut di sindir oleh Pengarah MSK kali ini di hadapan khalayak ramai. Hmm.... ini lah perubahan yang dibawa oleh mereka. Senior2 berharap supaya tidak ada yang bergaduh sepanjang minggu Suai kenal. MSK terlalu manis bagi kami kerana dari situlah wujud segalanya. Berikanlah tanda positif pada junior2 akan datang supaya kehidupan kampus ini menyeronokkan. Segala konflik dalaman jangan di tunjuk di hadapan, tetapi tunjukkan anda adalah terbaik dalam MSK. Jangan mencalarkan nama universiti dengan sikap yang tidak profesional. Ini ingatan dan bukan nasihat..... Senior2 MSK tetap mendoakan kejayaan junior2 dalam mengendalikan Minggu Suai Kenal ini. Bagi yangs enior-senior pulak, jom ramai2 memeriahkan lagi Majlis Perkahwinan Sahabat SMU kita Abg Hakim Protokol di Klang pada 4 Julai ini.

achit kata: Pengalaman lebih berharga daripada pembaharuan. Belajar dari pengalaman untuk membuat pembaharuan dan bukan tolak pengalaman kerana ianya pahit.....

Friday, June 11, 2010

Kerja oh kerja!!! Posting???

Kerja….

Bermula 8 Jun 2010, achit dah mula bekerja di sebuah firma penyewaan kamera dan video untuk shoting iaitu Real Desire Production Sdn Bhd. Achit bekerja disitu sebagai pegawai kewangan yang menjalankan proses perakaunan yang telah dipelajari sebelum ini. Hmm... lagi pun semua itu achit telah belajar dalam subjek Management Information System di Universiti dulu. Paper killer sem 7 tersebut sekarang ini digunakan untuk bekerja. Tak silap achit, papaer 2 bleh A- bawah kendalian En Shahrul.

Hmm.. so far dah 4 hari bekerja dalam syarikat ini, kebanyakannya kerja achit masukkan data dalam sistem UBS dan membuat kerja-kerja admin seperti buat invois, Purechase voucher dan pergi bank untuk tunaikan cek. Memang lari terus daripada bidang mengajar yang selama ini dah jadi darah daging achit. Nak wat cam mana? Rezeki masing-masing. Achit masih lagi menunggu result praktikum yang x keluar2 lagi sejak 14 Mei 2010. Yang peliknya result student DPLI UPSI yang tamat praktikum pada 28 Mei dah keluar. Ntahlah???

Balik pada cerita kerja, semalam boss ajak pergi makan dekat Tomtam Seafood. Best!!! Then g shopping beli barang persiapan majlis birthday anak dia malam nie.... hehehe.... Kalau korang nak tahu, boss achit sebenarnya cousin achit sendiri. Thats why lah best kije. Hahaha....

Achit mula bekerja dari jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang sahaja. Hmm... bolehlah bangun lewat sikit lepas Subuh. Kalau dulu, pukul 5.30 dah kena bangun pergi sekolah. Maklumlah sekolah jauh 30 km dari rumah.

Berita Baik!!!

Boss bagitahu kalau tidak ada posting lepas nie, terus bekerja dengan dia. Fuh, ini berita baik lah bagi achit supaya tidak terus menanam anggur di rumah. Achit dah dapat rasa posting ke politeknik atau kolej komunti mengambil masa yang lama kerana prosedur kerajaan paham-paham je lah.... yang penting sekarang achit kena mula berfikir tentang masa depan....

Tusyen???

Walaupun bekerja sebagai pegawai kewangan di Real Desire Production Sdn Bhd, achit masih pergi mengajar tusyen setiap hari sabtu di Pusat Tusyen Pustaka Ilmu di Puchong. Fuh, gigih achit bekerja sekarang ini untuk mengumpul duit demi masa depan diri sendiri.... achit still mengajar subjek achit iaitu perakaunan dan Bahasa Melayu SPM di situ.

Hmm... achit nak gtaw semua kengkawan bahawa achit bukan menanam anggur dirumah lagi k, tapi gigih bekerja sekarang ini. Hahaha... Kepada semua kengkawan, kita bertemu semasa Pesta Konvokesyen UPSI pada 12-16 Oktober k. Masa 2 kita bukak cerita masing2.... lalala.....

achit kata: Gigih bekerja tanda orang yang rajin dan sentiasa berfikir tentang masa depan.... ANDA BAGAIMANA????

Thursday, November 5, 2009

Kesudahan Labu dan Labi!!!

Salam


Sat g akan bermula paper ke dua untuk semester akhir. Paper Accounting Information System, iaitu paper killer untuk sem nie. Fuh, aku harap, boleh jawab dengan tenang dalam dewan peperiksaan. Hmm... semalam tak sempat nak menulis sebab sibuk study paper killer ini.


Hmm... ramai yang memberi respon tentang penulisan aku tentang kisah labu dan labi. Tak sangka kisah ini akan menjadi tanda tanya kepada korang sume tentang apakah kesudahannya.
Ramai juga yang curious, dan membuat pelbagai andaian tentang kisah tersebut, tapi itu terpulang pada korang semua untuk menilainya. Aku pun terfikir sebenarnya ada satu kesudahan yang mungkin dalam kisah Labu dan Labi itu. Hmm... semua jawapan kesudahan cerita Labu dan Labi ada pada lirik lagu penghujung rindu. Aku rasa korang boleh faham tentang apa yang aku maksudkan....

Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia

Seribu tahun takkan samaSesaat
bersatu dalam nyata
Kerna kasih ku sanggup korbankan
Jasad dan nyawa

Terang bulan kerana mentari
Hadir bayang kerana cahaya
Begitulah cinta kita

Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati

Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar cinta
Kita bertemu di penghujung rindu

Hmm... korang faham kan apa yang ada dalam bait-bait lirik lagu ini? Hmm... x perlu cerita banyak. Semuanya aku dah rungkaikan dalam lirik lagu tersebut tentang kisah labu dan labi. Hmm.. walaubagaimanapun, semuanya bergantung pada takdir. Dan masa akan menentukan segalanya...

achit kata: Untuk mendapatkan cinta sejati, kita perlu berkorban, Someone, somewhere is just for us... lalalala

Tuesday, November 3, 2009

Kisah Perempuan Senget yang Capek...

Kisah Perempuan Senget yang Capek


Salam

Uishhh... sejuk sungguh udara luar. Maklumlah baru pas hujan. Macam aku katakan sebelum-sebelum ini, langit Tg Malim sentiasa menangis sejak kebelakangan ini. Hmm... katak pon tidak pernah jemu dari memanggilnya. Tapi, ini mungkin hujan rahmat dariNya. Sebagai insan di muka bumi yang fana ini, aku bersyukur padaMu.

Seperti yang aku janjikan, aku ingin ceritakan tentang seorang sahabat aku. Dia perempuan senget yang capek! Siapa ya? Dia agak terkilan lah masa baca post adik beradik sebelum ini, sebab aku tak cerita pasal dia. Aku bukan tak nak cerita, tapi cerita dia terlalu banyak bagi aku ceritakan. Boleh aku katakan, aku seronok sangat berkawan ngan dia. Korang tak tahu lagi ka? Hmm... nanti pasti korang akan tahu sape yang aku maksudkan. Hehehe...

Aku mula mengenali dia di UPSI pada satu kursus BTN. Masa tu, aku baru sem 3 baru. Maklumlah, masa tu baru nak aktifkan diri dalam program universiti. Masa itu dia boleh dikatakan famous jugaklah sebab dia popular dengan orang gila yang sengau. Sebab masa tu kami main sifir botol, dan dia lembab ngan sifir masa 2, walaupun dia cikgu math. Akhirnya dia kena denda jadi perempuan gila yang sengau. Aku dah bagi hint, dah taw belum sape dia??? Hehehe...

Then, kami bekerja bersama-sama dalam MSK ambilan Julai 2007, masa 2 dia makanan, aku plak teknikal. Masa 2 x de lah kenal sangat pompuan senget nie. Hmm, then aku digandingkan bersama dia untuk jadi PP n TPP Persembahan MSK ambilan Julai 2008. Hah, masa 2 lah kami rapat. Dia memang gila macam aku jugaklah. Hehehe... sebab dia memang senget. Banyak cerita dia nie. Masa 2, seronok kitaorg kije bersama-sama dalam MSK. Masa 2, aku perasan satu benda dari dia, dia nie nampak ja gagah, tapi sebenarnya sensitip jugak dalam wat kije. Aku pernah tengok air mata dia mengalir masa MSK 2... masa 2 beselah banyak sangat masalah yang wujud. Aku rasa cam badi kot sape2 yang jd PP n TPP persembahan, memang akan menangis. Bermula zaman Cik Tam, Faiz, Shahrir, Zeti, pas2 aku and Iza, then pas kami si Emy plak. Memang akan menangis punyalah. Banyak benda yang akan dipertikaikan, sebab orang lain tak tahu tekanan kerja sebagai PP and TPP persembahan.

Dia nie senget sebab, dia nie, banyak cerita yang lawak ada kat dia. Hah, yang paling bestnya aku pernah jugaklah digossip ngan dia walaupun ianya tak benar. Tergelak masa 2 aku dibuatnya. Shahrir pon sama suka sakat masa 2, tapi aku wat tak kesah ja, sebab benda 2 x betul pon. Then, perangai dia nie yang paling aku benci ialah.... opps aku rasa sume laki akan benci kot, sebab dia nie suka makan KFC hari-hari. Fuh bankrap sape jadi calon dia nie. Hehehe...

Then, masa paling best skali, bila kami kerja sama-sama dalam pesta konvokesyen ke 11 sidang satu, masa 2, aku, Faiz, Nabila, Iza, Dora jadi MT masa 2. Fuh, masa 2 lah banyak konflik wujud dikalangan MT. Nasib baiklah sumenya profesional. Semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Kemudian aku bekerja ngan dia masa, wat program SMU kat Pangkor. Masa 2, aku, Faiz, Shahrir,Suiz and Nabila buat benda gila kat Pangkor. Kami wat satu benda guna daun kelapa kot. Benda 2 cam rantai Hawai lah nak sambut senior masa 2.

Hah, seterusnya cam mana dia bleh dapat nama capek, sebabnya dia nie confident pegi main bola jaring. Then, masa main tu, dia ditolak dan jatuh. Terus, buku lalinya retak. Hampir sebulan lebih kaki dia bersimen. Masa 2 dia capek lah. Tapi nasib baiklah ada bibik yang jaga dia. Masalahnya bibik dia 2 lagi senget. Murni bukan nama sebenar. Hahaha. Masa 2 lah dia jadi lagi sensitip ngan owg sekeliling. Dia mula down masa 2, sebab rendah diri gila tuk berhadapan ngan masyarakat Tg Malim. Aku pon bagi semangat kat dia jugak walopun aku taw dia 2 senget. Tapi aku rasa org lain x taw benda nie.


ni lah dia perempuan senget 2...

Hah, dia nie seorang pendengar yang baik. Korang bleh jadikan dia pendengar yang baik, walopun dia nie senget, dia akan bagi solution yang bleh kira masuk akallah. Tapi lagi laju kalo korang bagi dia makan KFC. Hahaha. Tapi sekarang nie, dia cam jarang ja nak join aktiviti adik beradik kami, maybe sejak dia jd capek dulu, dia dah ada gap rasanya. Tapi tak apa, aku tak makan hati pown, sebab hubungan persahabatan aku ngan dia still macam dulu lagi. Hmm... 2 je lah kesah perempuan senget capek yang aku ingin ceritakan. Mesti korang dah taw kan sape dia. Hehehe...
Iza selamat berpraktikum and friendship forever... gitu juga ngan sem 7 yang lain, Faiz mantan, Faiz dompok, Dora, Azmi, Hairie YDP, Wan Jang, Wan Chik, Feedo, Syuk, Zulfa, Nisa, Nabila, Ain Razak, Yuyun, Ain Nabihan, Izi, dan adik beradik sem 7 yang lain.


achit kata: Dia nie perempuan senget yang capek, bukan perempuan berkalung sorban k. Hahaha. Kita mesti hargai apa yang ada pada diri kita, musibah yang menimpa hanyalah untuk menguji kita. Lalalala

Monday, November 2, 2009

Letrik oh Letrik...

Salam

Hmm... terima kasih pada semua yang respon sebelum nie, tuk post Kisah Adik Beradik 2. Hehe... Terharu juga lah sebab korang bagi support kat aku wat blog ini. Hmm... itu sebenarnya luahan hati yang terbuku selama ini. Alhamdulillah, terluah juga akhirnya, ringan sikit bebanan dalam minda aku ini. Maceh semua.

Hari ini satu benda pelik yang tak pernah berlaku dalam hidup aku berlaku. Ini bukan kisah sedih erk. Tapi kisah yang boleh aku katakan yang agak malu jugak lah. Kul 1.00 petang tadi aku balik rumah selepas study group kat library. Balik kononya nak tengok ladang and Cafe world dalam facebook lah, tapi...

Apabila tiba je di muka pintu, tekejut dengan sehelai kertas warna merah. Aku tak masuk lagi rumah terus ja buka surat merah tu. Rupanya, tertulis OPS POTONG. Pas 2 aku dongak kepala kat atas, tengok fius utama, Ya Allah tak ade. Rupanya elektrik rumah sewa aku dah dipotong. Huaaa.... tak bayar 2 bulan rupanya, dah lah poket tengah kosong nie. Ingatkan nak lari terus ke rumah Helmi, tapi datang plak si Opie, uishhh tak sempat nak kerumah Helmi. Terus ja, discuss cam mana nak solve kan benda 2. Opie pon poket kosong. Apih pon sama, boleh tak sedar masa TNB datang rumah potong elektrik. Dok bungkang ja. Hmm... pas itu aku dah terpikir dah, uishhh malunya kat jiran-jiran kena potong letrik. Dengan muka tebal, aku and Opie terus ke TNB Tg Malim untuk bayar bil itu. Malu lah jugak sebab nak bayar.



Then, aku terus ja balik hantar Opie dan terus ke rumah Helmi untuk tengok Farm and Cafe aku. Sebabnya TNB akan pasang waktu petang. Hmm... nasib baik lah Helmi ada rumah ngang Faiz. Boleh aku tumpang sekaki main Facebook.

Hmm... agak malu yew, sebab 1st time dalam life, kena potong letrik. Tapi tak apa, ini pengalaman yang aku akan ingat bila dah tak ada kat UPSI ini. Aku harap, ini 1st and last kena potong letrik di rumah aku. Hahaha.... mesti ramai gelakkan aku nie. Hmm... Then petang tadi aku sambung semula study research and AIS di library. Ntahlah.... sem nie, aku rasa amik exam wat syarat je. Maybe istilah exam 2 dah tepu dalam diri aku.


Owh terlupa satu lagi cita, aku dapat tawaran daripada En Khalizul, pensyarah MIS aku setahun yang lepas. Dia ajak aku join Team ngan dia untuk pertandingan MIS di UNIKL. Esok dia minta aku jumpa dia untuk keterangan lanjut. Aku pun tak pasti nak join ke tak. Tapi macam best lah jugak. Hmm... keadaan kampus hari ini tak seperti exam pon aku rasa, macam biasa ja. Macam aku cakap tadi, maybe dah imun exam 2 dalam diri aku. Hehehe.


Hah, aku nak wat speacial ucapan sini kepada Naim, sebab dia dah berusia 22 tahun hari ini. Naim Happy Birthday dan semoga cepat bertemu jodoh dan bahagia selalu. Hehehe.... Hmm... hari ini pon masih hujan lagi. Tunggulah cerita aku seterusnya pasal Kisah Budak Senget yang Capek.... Lalala

achit kata: Terangi hidup anda dengan TNB, kalau tak bayar, terangi dengan pelita dan lilin. Hehehe...

Sunday, November 1, 2009

Kisah Adik Beradik UPSI

Salam

Dalam kesibukkan study week ini, hari-hari langit menagis seolah-olah tidak tahan dengan ragam manusia di muka bumi ini. Langit mungkin mengerti tentang kehinaan manusia sekarang, langit mungkin mengerti tentang perasaan dan hati manusia yang memang tak dapat di tafsirkan secara literal. Hari-hari katak dok memanggil hujan untuk membasahi muka bumi ini. Uish tiba-tiba teringat dengan bait-bait lirik lagu zaman kanak-kanak iaitu;

‘Katak oh Katak kenapa ko panggil hujan, cam mana aku tak panggil, ular nak makan aku.... lalalala...’

Hmm... pasti ada sesuatu, katak memanggil hujan. Tidak siapa tahu kenapa katak panggil hujan melainkan kita dimomokkan dengan lagu bangau og bangau. Hmm... dalam tangisan langit ini juga banyak perkara yang menimpa aku kebelakangan ini. Aku tak tahu mana salah dan silap aku, sedangkan aku hanya meneruskan kehidupan aku seperti biasa. Aku berusaha untuk menjaga dan mengekalkan hubungan persahabatan aku dengan kawan2 lain. Tapi... ntahlah, cerita demi cerita, macam macam benda yang tidak diingini berlaku. Aku pasrah ja. Sebab aku percaya, setiap yang menimpa kita pasti ada hikmahnya dan ianya juga akan mematangkan hidup kita sebagai mukmin di muka bumi ini.

Teringat dengan kata-kata seorang sahabat;

“Kita ini umpama adik beradik di UPSI, sebagai sebuah keluarga, susah senang bersama, sama-sama mencapai kejayaan”

Uishhh... bestnya dengar kalau semua orang berfikiran gitu. Apabila kita terlalu rapat, maka mudah untuk terasa sama ada dengan kata-kata mahupun dengan perbuatan. Sebabnya, cepat kecil hati dengan tindakan kawan-kawan walaupun bendanya adalah perkara yang kecil.
Langit masih menagis tersedu-sedu diluar, keinginan untuk menulis begitu membuak-buak sekali. Masih bercakap tentang persahabatan di UPSI, aku memang belajar banyak benda dari hubungan yang dikatakan sebagai persahabatan. Sejak mt3x, aku belajar erti persahabatan, siapa kawan, dan siapa lawan. Owh... terlalu rindu zaman mt3x... Awie, Nami and An, Fadzili jugak... skunk semua dah ada life masing-masing, Nami ja mudah aku berjumpa selalu. An and Awie, cita korang susah aku dapatkan. Seolah-olah kehidupan YB. Fuh, Windu gila zaman muda-muda di mt3x dulu. Susah senang bersama, capai kejayaan pon sama-sama.

Tapi, UPSI berbeza.... sangat berbeza, sem 1 aku berjumpa dengan kawan-kawan serumah. Masa tu, x lagi aktif di peringkat universiti. Teman ketika itu ialah, Tamimi. Skunk dah jadi cikgu sekolah di KL. Bangga gak lah aku ngan dia. Dia memang memahami aku. Dan kawan-kawan sekelas, x dilupa juga k.

Sem 2, aku mula mengenali kawan-kawan daripada kos lain. Masa 1st time aku pegi kursus, masa tu lah aku kenal si Iza senget, Hairi YDP skunk, Faiz Mantan MPP, Zeti Anis, Remy, Izlan, Alif and Imran. Masa 2 aku memang innocent sangat and sangat jeles ngn si Faiz Mantan 2... Ye lah, mana tak nya? Dia mudah mesra ngan owg lain, and aku plak takut2 ja. Tapi la nie kawan baik plak ngn dia. Hehehe....

Then sem 3, aku jumpa plak ngan Shahrir, Put,Izi, Cik Tam, Cik Nab, Anis Macho, Bob Kroll and ramai lg lah... Shahrir??? Uishhh, aku x taw lah nak kategorikan dia 2 cam mn? Dulu dah lah benci aku, pas2 aku berjaya wat dia nangis masa nak balik kampung masa MSK ambilan Dis 2007. Hehehe.... mulai hari 2, aku memang rapat ngan dia.

Put and Izi plak, aku kenal ngan Izi dulu lah, dulu tgk dia 2, cam bagus ja, sebab PR dia sangat bagus, pas kenal baru taw, propa je lebih.... ampeh tol. Tapi aku banyak lah balajaq dari dia. Sebab aku suka bantu dia dalam program-program kontroversi dia. Put pulak aku rapat apabila dia jadi jiran aku dulu, Uish bleh dikatakan kami nie AJK mesyuarat tingkap dulu lah kat KHAR dulu. Put nie unik orangnya dan teliti orangnya. Seronok berkawan ngan dia dulu, tapi semuanya berubah apabila dia memegang jawatan di UPSI, banyak benda yang aku wat terasa ngan dia. Tapi x apa lah, aku x kesah pon, and still bantu dia dalam program universiti. Seronok bantu dia selesaikan masalah-masalah yang wujud dalam satu-satu program. Tapi la nie, x taw lah.... dia sangat berubah. Aku pon terpaksa lah menjauhkan diri dari dia walaupun aku taw dia memang seorang yang baik. Aku rindu plak masa zaman-zaman dia x de pape jawatan. Btullah kata owg, manusia akan berubah bila-bila ja.

Then kenal plak si remy, Cik Nab, Cik Tam and kawan-kawan len. Uishhh... Aku sangat hormati si Remy 2, sebab aku suka ngan kerja dia. Sampai la nie, aku try to be like him dalam PR and kerja, tapi masih belajaq lagi. Cik Nab and Cik Tam, hmm diowg nie plak, aku x taw lah nak cakap apa, sebab aku sayang gila kat diowg nie, Cik Nab lah yang bagi semangat kat aku dulu masa aku di cop sebagai haluan kiri universiti dulu. Cik Tam plak banyak ajar aku jadi ASM and oleh kerana warna kulit kami sama, terus lekat akak aku. Hehehe.

Then aku kenal sape lagi erk, hah, aku kenal si Azrul, dak Johor yang mmg innocent. Dia nie wat aku teringat kat member aku awie. Amat mudah untuk berkawan ngan dia, dia seorang pendengar yang baik. Hmm... banyak cita best dari dia nie dr Kukup nie. Banyak gak dia tolong aku. Aku suka bila dia kawan ngan si Azlah. Sebab diowg mmg sepadan. Hehehe...Then, aku kenal si Suiz and Ina plak. Si suiz nie mula-mula x suka sebab, belagak, maybe dah tua kot. Tapi pas dah kenal sronok plak, dia nie pon banyak cerita jugak, banyak pengalaman jugaklah, yang best pasal dia nie, mulut dia bagai senapang lazer nya, walopun kawan-kawan lain sering terasa ngan dia, tapi x pe, sebab dia nie boleh dimaapkan. Satu ja unik pasal dia nie, bila dah melazer owg, dia akan muhasabah diri dia ngan aku. Masa 2 lah aku nak tegelak kan dia. Ada hati perut jugak dia nie. Hihihi. Iena plak. Minah nie plak, aku x knl sangat, tapi bleh rapat sejak program si Izi di Kota tinggi. Dia nie sensitip owgnya, tapi yang aku suka cara dia, dia nie memang berani. Ya Allah, bayangkan dia leh turun sungai samak, 3 4 pagi sowg2. Perghhh memang salute lah...

Then aku kenal ngan si Helmi, Emy skunk and Dora. Helmi nie rajin owgnya, susah nk jadi macam dia. Ntahlah, dia nie pon sama, seorang pendegar yang baik. Emy skunk plak, dulu dia nie anak buah aku dalam Perkasa. Masa 2, dia nie kira over as jerit jugak lah, tapi skunk rapat plak. Aku doakanlah dia jadi menantu cik timah 2. Hehehe, Jangan marah erk... Dia nie pon mudah terasa and sangat sensitip owgnya, bagi kerja kat dia, sumenya jalan.

Hah, kemudian cik akak Dora lah, yang mak cik mak cik 2, dulu masa dia anjurkan majlis tilawah 2, aku x suka dia nie, sebab banyak sangat masalah, tapi skunk jadi rapat sebab dia nie nak besaing ngan aku tuk dapatkan anugerah Naib Canselor. Hehe... sronok kawan ngan dia nie, banyak experience yang ak peroleh daripada dia. Dora aku suka kawan ngn ko. Pas2, si suhaimi Shabullah, Bob Krol, diowg nie plak nampak ja garang, tapi ampeh, jiwa halus. Hihihi. Aku layan kan aje. Sronok2...

Then aku kenal ngan sowg dak nie, Md Shah plak. Uishhh, dia taw kisah labu labi 2... dia nie mmg terlalu baek tuk aku ceritakan. Kalau aku nak abang kandung, cam dia lah karekter yang aku inginkan. Dia memang slalu bagi aku penyelesaian masalah. Aku x taw lah nk ucap thx kat dia cam mn. Then dia jugak banyak ajar aku psl kehidupan nie. Sronok sangat kenal ngn dia nie. Then Anis Macho, Kak kasya. 2 owg nie aku jd rapat masa ktowg g lepak kat mamak ngn Md Shah. Anis nie, dia nie pon unik owgnya, nampak macho, tp jiwa dia halus. Kak Kasya plak, aku cemburu ngan PR dia and kepimpinan dia. Dia jenis yang suka mengajar aku.

Hmmm... Muhammad Fadhirul. Uishhh, dia nie aku kenal pon setahun yang lepas. Degil owgnya, tapi yang wat aku suka kawan ngan dia, dia nie muka blurr ja slalu. Dia nie unik jugaklah sebab, hobi dia suka bela kambing. Aku dah rancang ngan dia 10 tahun akan datang nak develop penternakan kambing secara besar-besaran di Malaysia. Doakan je lah k. Dia leh jd business partner aku. Hehehe. Pasal kambing, kowg bleh tny dia, dia memang pakar. Aku harap dia nie x down semangat. Sebab selalu lemah semangat nak study. Aku doakan dia berjaya kelak.

Fuh, then si raziq plak. Aku x sangka dia nie seorang yang berusaha and aku memag salute kerja dia nie. Kalau aku jd dia pon, memang x reti nak wat kije macam dia. Memang bagus kije dia nie. Aku doakan ja lah dia nie cepat kawin ngan si Ila 2. Hehehe. Aku taw satu hari nanti dia akan jd YB Simpang Renggam. Kita doakan aje. Pas2, shumi, daus and murni. Diowng nie, aku kenal g2, ja. Tapi murni si neneq 2 pla sejak akhir2 nie jd rapat plak. Dah ar junior aku, prangai dia mmg mcm mak cik2,mcm Dora jugak tp Usatazah yew. Hahaha. Shumi and Daus plak diowg nie bagi aku masih bergantungan pada owg len. Tapi best lah kawan ngn diowg sume.

Hampir magrib nie.... Ya Allah... hah, last kali sowg lagi, Asmaq, aku and si Dora yang bagi nama Sally, hah, lekat sampai la nie. Hmm... dia nie badan ja besaq tapi hati kecik. Ktowg suka sakat dia. Tapi dia memang best, sporting and cool sepanjang masa.

Fuh panjang cita aku kali ini. Ini lah cita tentang adik beradik kat UPSI. Aku sayang kat kowg sume. Hope kowg x lupakan aku k. Hah, tuk dak kelas, dak2 akaun, kowg jgn makan hati plak. Ada kisah kowg plak nnT ngan aku. Hahaha. Aku ingin mintak maaf lah kat sume owg, kalau ada salah n silap sepanjang aku berada di UPSI k. Good Luck 4 Final Exam. Yang aku x sebut nama 2, jangan kecik hati k. Ssh nak ingat dalam tempoh terdekat nie. hihihi.

Mahgrib dulu k. Assalamualaikum!!!

Achit kata: Sekali Bersahabat, Selamanya Bersahabat....

Kisah Labu & Labi... Apa kesudahannya???

Kisah Labu & Labi




Hmm… terdapat satu kisah bermula zaman mereka. Si lelaki bernama Labu dan perempuan bernama Labi. Ini bukan kisah Labu Labi tapi kisah mereka berdua. Labu bertemu Labi dalam satu pengurusan majlis makan malam. Labu masa itu tidak mengenali Labi sehingga labi datang berjumpa dengan Labu dan bertanya mengenai penganjuran majlis tersebut.

Labu dan labi sibuk dengan majlis makan malam masing-masing. Pada satu hari, si Labu jatuh hati dengan si Labi dan telah meluahkan perasaannya pada Labi kerana Labu merasakan Labi adalah pilihan yang ditentukan oleh Yang Esa. Labi tidak menerima, dan Labi juga tidak menolak dan hubungan Labu dan Labi menjadi penuh tanda tanya ??????. Labu merasakan dia masih ada peluang bersama dengan Labi dan sentiasa mencuba mengambil hati Labi, tetapi Labi masih seperi dulu dan Labi kata biarlah kita mengenali hati budi masing-masing. Labu pon merasakan jawapan itu sudah memadai dan berjanji pada Labi akan menuggu sehingga akhir hayat.

Kemudian, Labu dan Labi meneruskan kehidupan mereka seperti biasa kerana Labu percaya labi dalam proses mengenali hati masing-masing. Kemudian, mereka dipertemukan apabila kedeua-deua meraka menjadi fasilitator pada satu aktiviti di kolej masing-masing. Labu mengambil peluang untuk mengenali keluarga Labi dengan cerita yang disampaikan oleh Labi dan mengingatkan janji Labu yang akan menuggu hingga akhir hayatnya. Si Labi terdiam dan tidak memberi respon ketika itu.

Pada masa yang sama Labu dan labi meneruskan pendidikan mereka di peringkat yang lebih tinggi. Labu dan Labi terpisah. Si Labi telah menukar no telefonnya dan si Labu terpaksa mencari dan berusaha mendapatkannya semula kerana Labu masih mahu bersama si Labi kerana cinta labu adalah suci dan murni yang keluar dari hati yang ikhlas.

3 tahun berlalu, Setiap hari mesti teringat si Labi. Hari-hari si Labu masih menunggu si Labi supaya dapat berjumpa dengan si labi kerana terlalu rindu. Pada masa yang sama si Labu tidak mencari perempuan lain kerana Si Labu masih mencintai si Labi lebih mendalam.

Pada satu hari, si Labi menghubungi si Labu. Hati Labu melonjak kegembiraan dan merasakan si Labi itu memang adalah jodoh yang ditentukan oleh Yang Esa. Si Labu merasakan seolah2 dunia itu berbunga semula. Tapi siapa sangka si Labi menyatakan bahawa Si Labi tidak akan hidup lama kerana si Labi menghidap satu penyakit ganjil. Si Labu terkedu dan seolah dunia yang berbunga tadi seolah-olah bunga yang berduri menimpa si Labu. Walaubagaimanapun, si Labu tetap sanggup menerima si Labi kerana cintanya bukan kerana paras rupa tetapi cintanya lebih mendalam apabila mengetahui si labi dalam keadaan begitu.

Si Labi tetap degil dan mendoakan si Labu dapat mencari pasagan lain kerana si labi tidak mampu bersedih lagi dengan keadaannya. Si Labi meminta si Labu melepaskan janjinya supaya tidak menuggu dan meneruskan hidup Labu seperti sedia kala. Si Labu merasakan penantian selama 3 tahun tidak menjadi makna apabila si Labi berkata demikian.

Akhirnya, si Labu ternanti-nanti pertemuan antara mereka dan si Labu masih mencintai si Labi dan selalu berdoa pada yang maha Esa supaya Labi dapat disembuhkan. Cinta Labu kepada Labi semakin hari semakin mendalam. Ini kerana Labu amat menyayangi si labi. Satu sahaja harapan si Labu sehingga hari ini supaya mahukan si Labi sentiasa gembira disaat-saat akhir Labi. Labu menjadi tidak tentu hala sehingga berjumpa dengan Terung (lelaki) dan menceritakan semua masalahnya pada terung. Si Labu percaya bahawa setiap yang ada di muka Bumi Allah akan pergi jua satu hari nanti. Si Labu masih mencintai si Labi sehingga hari ini dan tidak bersabar untuk berjumpa dengan si Labi kelak...Si Labu merasakan cintanya itu datang kembali untuk meniggalkannya untuk selama-lamanya... Lalalala.....


achit kata :Apakah kesudahan kisah ini??? Ini merupakan cinta pertama si Labu... Cinta memang buta, tapi butakah cinta???