BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 21, 2010

Mula Berkhidmat Sebagai Pensyarah...

Mula Berkhidmat…

Salam…

Alhamdulillah… sebelum achit konvo, achit telah terima surat daripada pihak Kementerian pengajian Tinggi supaya lapor diri bertugas di POLITEKNIK KOTA KINABALU SABAH, mulai 19 Oktober 2010. Achit berasa sangat gembira apabila posting achit terlalu awal iaitu selepas achit bergraduan pada 16 Oktober, 18 oktober terus lapor diri di Putrajaya dan 19 Oktober ke Politeknik Kota Kinabalu Sabah.

Logo Politeknik Kota Kinabalu Sabah

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, achit akan menjadi tenaga pengajar di Politeknik Kota Kinabalu Sabah mengajar untuk pelajar-pelajar yang membuat Diploma Akauntansi dan Sijil Simpan Kira. Achit juga akan berkhidmat di bawah jabatan Perdagangan di Poli tersebut.

Politeknik Kota Kinabalu Sabah

Perasaan apabila dapat Politeknik Kota Kinabalu tidak terkata… Memang achit teruja sangat nak ke Sabah, dan akhirnya mendapat peluang untuk mengajar disitu. Alhamdulillah, achit juga ada plan nk sambung Master di Universiti Malaysia Sabah iaitu salah sebuah universiti yang tercantik di Asia. Hehehe… dah rezeki kat sini kan, alang-alang mengajar, terus je belajar… hehehe….

Universiti Malaysia Sabah

Walaubagaimanapun, ada perasaan berat untuk meninggalkan saudara mara, family, kengkawan di semenanjung… Tapi nak wat cam manakan, Sekarang masanya achit berkhidmat untuk anak bangsa pulak… Hope enjoy lah bekerja di Jabatan perdagangan Politeknik tersebut.

Kalau kengkawan ada bejalan2 ke Kota Kinabalu, jagan lupa roger k… Doakan semuanya dipermudahkan k… Untuk pengetahuan kawan-kawan juga, achit akan ke Kota Kinabalu pada 18 Oktober 2010; Flight 9.25 malam.

Hmm… achit nak jumpa semua kengkawan sebelum berlepas ke sana nanti.. Hope dapat kita semua berjumpa semasa konvo t k…

achit kata: Sudah tiba masanya berkhidmat untuk anak bangsa dan membalas jasa baik ibu bapa… waktu bekije plak weyyyy… lalalala

Konvokesyen....

Salam…

Sudah lama achit x update blog disebabkan oleh kekangan kerja di Real Desire Production. Tidak keterlaluan lagi, kalau achit ucapkan Selamat Menyambut Hari raya Aidilfitri kepada semua bloggers… Andai ada tersalah, terkurang, ampun maaf dipinta.

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, achit akan konvo pada 16 Oktober 2010 sesi 8 2.30 petang di dewan SITC. Hehehe… Hmm… akhirnya 4 tahun belajar di UPSI berhasil juga yew… Sudah tidak sabar untuk menunggu saat-saat tuk bergraduan… Hopefully semuanya dipermudahkan.

Gambar Hiasan

Achit disini nak ucapkan Selamat Bergraduan pada geng-geng berikut:

  • Saripah Dora
  • Hairi Abdullah
  • Nur Ain Razak
  • Nabila Soraya
  • Azaruddin Amri
  • Faiz Mat Ali
  • Khairul Faiz Nordin
  • Noor Hairiza
  • Syazwan Zaharuddin
  • Izi Nasuriddin
  • Khairunnisa
  • Ridzuan Ali
  • Azmi Sofian
  • Yuniza
  • Aliff
  • Imran Kayu
  • Semua budak2 akaun batch 2006/07
  • Semua Sahabat Mahasiswa Universiti batch 2006/07
  • Semua graduan yang bakal bergraduan pada 13-17 OKTOBER 2010 ini.


Tahniah kepada semua di atas, kerana kita telah berjaya untuk mendapat segulung ijazah setelah 4 tahun bersusah payah memperolehnya…


Gambar Hiasan

Juga kepada adik2 domp sume dan geng2 Dompok Entertaintment, korang belajar lek lok supaya memperoleh ijazah satu hari nanti… Dan kepada geng2 di atas, jangan plak korang berhenti belajar setakat ini sahaja, kalau ada peluang, jom sambung ramai-ramai ke peringkat master dan PHD suatu hari nanti…

Akhir kata, Jumpa masa konvo t erk… kami akan berkampung mulai 12 Oktober 2010 – 17 Oktober 2010.

achit kata: Gigih berusaha, akhirnya akan mendapat hasil yang tidak ternilai…