BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 21, 2010

Mula Berkhidmat Sebagai Pensyarah...

Mula Berkhidmat…

Salam…

Alhamdulillah… sebelum achit konvo, achit telah terima surat daripada pihak Kementerian pengajian Tinggi supaya lapor diri bertugas di POLITEKNIK KOTA KINABALU SABAH, mulai 19 Oktober 2010. Achit berasa sangat gembira apabila posting achit terlalu awal iaitu selepas achit bergraduan pada 16 Oktober, 18 oktober terus lapor diri di Putrajaya dan 19 Oktober ke Politeknik Kota Kinabalu Sabah.

Logo Politeknik Kota Kinabalu Sabah

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, achit akan menjadi tenaga pengajar di Politeknik Kota Kinabalu Sabah mengajar untuk pelajar-pelajar yang membuat Diploma Akauntansi dan Sijil Simpan Kira. Achit juga akan berkhidmat di bawah jabatan Perdagangan di Poli tersebut.

Politeknik Kota Kinabalu Sabah

Perasaan apabila dapat Politeknik Kota Kinabalu tidak terkata… Memang achit teruja sangat nak ke Sabah, dan akhirnya mendapat peluang untuk mengajar disitu. Alhamdulillah, achit juga ada plan nk sambung Master di Universiti Malaysia Sabah iaitu salah sebuah universiti yang tercantik di Asia. Hehehe… dah rezeki kat sini kan, alang-alang mengajar, terus je belajar… hehehe….

Universiti Malaysia Sabah

Walaubagaimanapun, ada perasaan berat untuk meninggalkan saudara mara, family, kengkawan di semenanjung… Tapi nak wat cam manakan, Sekarang masanya achit berkhidmat untuk anak bangsa pulak… Hope enjoy lah bekerja di Jabatan perdagangan Politeknik tersebut.

Kalau kengkawan ada bejalan2 ke Kota Kinabalu, jagan lupa roger k… Doakan semuanya dipermudahkan k… Untuk pengetahuan kawan-kawan juga, achit akan ke Kota Kinabalu pada 18 Oktober 2010; Flight 9.25 malam.

Hmm… achit nak jumpa semua kengkawan sebelum berlepas ke sana nanti.. Hope dapat kita semua berjumpa semasa konvo t k…

achit kata: Sudah tiba masanya berkhidmat untuk anak bangsa dan membalas jasa baik ibu bapa… waktu bekije plak weyyyy… lalalala

2 comments:

HairiAks said...

Acit..tahniah... bestnye dpt ngajar kat poli.. Mkn ati kot aku tgok.. rzeki ko kan.. x pa lah..

nabiha said...

salam.. saya bakal lepasan ij.sarjana muda perakaunan dan saya juga berminat untuk menjadi pensyarah di politeknik.. jadi, boleh terangkan bagaimana n apa yg perlu sy buat? huhu