BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 12, 2011

~ aku kembali ~

Salam…

Bersua kembali wahai rakan-rakan blogger…. Sudah lama tidak ku menulis bicara pena hati. Maklumlah, menyesuaikan diri di Negeri di bawah bayu Sabah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan dengan limpah dan kurnia yang maha esa, aku masih hidup di muka bumi yang fana ini.

Kerjaya:

Hmm... achit telah mula mengajar bermula 6 Disember lepas. Semester ini achit diminta untuk mengajar subjek Fundamental of Accounting, Statistic dan Database Application. Hmm... manakala tugas sampingan pula ditempatkan di unit latihan industri jabatan, unit kerjaya dan psikologi jabatan, penasihat akademik DPM 1C, penyelaras perolehan jabatan. Alhamdulillah, tugas di politeknik sebenarnya tidak seperti yang di jangkakan. Tugasnya mencabar dan berat. Sebagai ahli akademik kita terpaksa memikul tugas yang banyak. Mula-mula memang achit mengeluh, tapi lama-kelamaan layan je lah... Hmm kadang-kadang rasa macam kuli batak pon ada. Entahlah, hanya pensyarah politeknik sahaja yang tahu beban tugas di politeknik. Tiba-tiba rindu pula nak bekerja di sekolah, tapi nak buat cam mane kan? Mungkin ini ketentuan yang telah ditentukan olehNYA.... So, pasti ada hikmahnya....

Student:

Hmm... student di sabah nie sume yang pandai menghormati pensyarah. Memanglah ada masalah bahasa mula-mula, tapi lepas 2 bulan, rasanya tidak ada masalah dengan student. Depa nie, lawak dan ada pelbagai ragam yang boleh mencuit hati. Hmm.. mana tak nya, kalo achit still gunakan AJARAN ABDUL RASHID. Hehehe..... tapi satu hari nanti depa akan faham kenapa achit mengajar guna konsep KEJI DAN TEGAS. Hmm... accounting satu konsep merekod, perlu ketelitian, perlu pemahaman dan bukan menghafal semata-mata.

Kawan-kawan:

Ntahlah.... setiap dalam tahap kehidupan achit, akan berjumpa dengan manusia-manusia yang mempunyai ragam tersendiri. So far, member-member satu jabatan semuanya best Cuma ada seoang jew lagi dalam JP 2 yang cannot go.... identiti makhluk itu perlu dirahsiakan agar kebaikan bersama. Biaselah, organisasi mana perfect kan??? Betul x? Tapi so far, makin lama makin di JP, rasa sangat seronok dengan ragam2 staf yang mencuit hati dan lucu itu. Juga gelagat si Abu Bakar (bukan nama sebenar) serta lain2 sangat lucu dalam jabatan JP.... hehehee....

Harapan:

Achit berharap, keseronokan bertugas di JP akan kekal, dan berharap konsep berbaik dengan semua. Buat apa perlu bermasam muka antara satu sama lain kan? Sebab kita nak bekerja bukan sehari 2, tapi lama. Kalau bergaduh, mesti segan jugak, sebab mesti hari2 jumpa muka yang sama. So, moral of the story, konsep BERBAIK SEMUA.

InsyaAllah, jika diberi masa nanti, acitakan terus menulis kerana banyak perkara yang mencuit hati di Sabah. Sabah ini sebua negeri yang mempunyai banyak tempat menarik. Hmm... memang seronok berada disini tapi kena beringat.... THIS IS NOT OUR PLACE!!!.... sangat windu pada kawan-kawan di semenanjung....

Wassalam!!!

achit kata: Life is wonderful; Kita mestilah sentiasa berfikiran positif dan sentiasa proaktif, supaya ada anjakan dalam hidup serta enjoy dalam bekije.....