BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 12, 2010

~ kurang 0.02 sahaja ~


Salam.

Selepas 4 tahun belajar di UPSI, semalam akhirnya tiba surat daripada pihak akademik UPSI. TAHNIAH!!! ANDA BAKAL MENERIMA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN PERAKAUNAN KELAS KEDUA ATAS. Achit bersyukur kerana telah berjaya menghabiskan program di UPSI selama 4 tahun. Banyak perkara dan ragam yang achit dapat sepanjang berada di UPSI.

Ya, memang benar, kali ini achit sedikit frust sebab kurang 0.02 sahaja untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda kelas pertama. Betullah kata orang, rezeki kalau tidak ada tak kemana jua. Mungkin kali ini bukan rezeki achit untuk memperoleh Ijazah Sarjuana Muda Kelas Pertama. Fuh.... kalau rajin sikit lagi pasti dapat punya. Tapi nak wat cam mana kan. Banyak itu sahaja rezeki achit. Mungkin ada hikmah di sebalik result 2nd class upper tersebut. Dengan perbezaan 0.02 mampu mengubah sebuah kehidupan kelak. Orangs elalu cakap, 2nd class upper ke, 1st calss ke, tetap jadi CIKGU... yew memang betul... tapi bila cakap soal kepuasan... achit rasa kalau dapat 1st class or result yang tinggi mesti dapat satu kepuasan dalam diri berbanding orang lain. Walaubagaimanapun achit dapat merasa memperoleh 4.00 pada semester akhir dan nikmat memperoleh senarai dekan bagi 8 sem berturut-turut. Alhamdulillah....

Hmm... walaubagaimanapun, achit tetap bersyukur dan berharap terus cemerlang dalam akademik apabila menyambung pengajian di peringkat master dan PHD kelak. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukannya. Hopefully umur 30 at least dah ada master. Kawan-kawan semua doakanlah yew....

achit kata: Kalau 1st class sekarang, kowg x payah bayar PTPTN sesen pown taw... so jangan tinggalkan peluang yang diberikan oleh goverment kita....

0 comments: