Salam
Pejam celik pejam celik, dah sebulan achit bekerja di Real desire... fuh masa begitu cepat berlalu. Hmm... teringat setahub yang lalu, achit bersama teman2 dalam menjayakan Minggu Suai Kenal. Bila terkenang saat-saat MSK, pastinya banyak yang manis. Minggu Suai Kenal merupakan salah satu platform kepada mahasiswa untuk mengasah bakat kepimpinan dan mempelajari pengurusan stress dalam sesuatu keadaan. Seriusly, achit memang banyak belajar daripada Minggu Suai kenal. Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU), itulah platform yang mendidik achit menjadi seorang pemimpin. Senior-senior SMU dulu banyak memberikan ilmu. Dan SMU jugalah yang menyebabkan kedhidupan di kampus sebagai sebuah keluarga. Bukan nak bangga sebab semua orang kenal, tapi bila menyertai sahaja Sahabat Mahasiswa Universiti, we are Family.
Hmm... banyak yang achit pelajari dalam minggu suai kenal. Setakat ini, achit dah menyertai 5 minggu suai kenal dan semuanya ada pelbagai ragam kawan-kawan. Dapat kenal senior, dapat kenal pegawai, dapat kenal junior jugak.... Silap haribulan boleh sangkut junior menjadi pasangan hidup.... hahaha... Hmm, bila keluar dari universiti, memang rindu saat2 bertugas bersama-sama dalam organisasi....
Namun, SMU sekarang ini tidak lagi seperti dulu. Ada yang menyatakan kronisme, sedangkan dari dulu lagi SMU tidak mengamalkan kronisme, sesiapa yang berminat, isi borang, temuduga dan menjadi ahli. Kewujudan SMU di kampus UPSI menyebabkan UPSI meriah dengan pelbagai aktiviti di peringkat global. Siapa yang menjayakan kalau bukan SMU. Juga ramai yang menjadi MPP atau tunjang utama universiti, kolej daripada asal usul SMU. SMU gah dahulu kerana menghasilakn graduan yang berkualiti bukan sahaja di Universiti, malah apabila menjadi guru di luar, mereka-mereka ini lah yang dikatakan anak kandung suluh budiman yang bitara. Lihatlah, senior-senior yang telah posting, semuanya memegang jawatan penting di sekolah sekarang.
Tetapi, hari ini SMU sudah terkubur begitu sahaja di kampus. Malah di bumi Tanjung Malim tidak lagi oarang tahu tenang SMU. Mahasiswa semakin lesu, program di peringkat global juga berkurang, tiada kredibiliti junior2 UPSI. Mungkin betul jugak, mereka tidak ada platform untuk terus ke hadapan seperti SMU dulu. Hmm.... apa sudah jadi? Nak kata senior tidak turunkan ilmu, ia tidaklah benar sama sekali, nak kata mahasiswa makin tidak suka menyertai program-program universiti, mungkin juga. Entahlah, ada sesetengah pihak yang mahu matikan terus SMU di bumi Tg Malim. Hmm... bagi senior-senior ianya tidak menjadi kepentingan langsung, tapi bagi yang junior tidak ada lagi kesinambungan tampuk kepimpinan universiti sekarang ini. Fuh..... sedihhhh....
Minggu Suai Kenal untuk ambilan kali ini, tidak ada langsung seorang senior pon yang join. Ini kerana pengarah MSK tidak mahu seorang senior pon join. Kenapa erk? Sebab Tuan pengarah MSK kali ini mahukan PERUBAHAN. Beliau mahu PERUBAHAN. Jadi sama-sama kita lihat PERUBAHAN tersebut. Banyak sangat aduan, kritikan, pandangan, kejian, pujian dan tohmahan yangs enior terima tentang kepimpinan MSK kali ini yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ada jugak senior SMU yang tidak sampai hati turun padang semasa Bengkel, namun rakan tersebut di sindir oleh Pengarah MSK kali ini di hadapan khalayak ramai. Hmm.... ini lah perubahan yang dibawa oleh mereka. Senior2 berharap supaya tidak ada yang bergaduh sepanjang minggu Suai kenal. MSK terlalu manis bagi kami kerana dari situlah wujud segalanya. Berikanlah tanda positif pada junior2 akan datang supaya kehidupan kampus ini menyeronokkan. Segala konflik dalaman jangan di tunjuk di hadapan, tetapi tunjukkan anda adalah terbaik dalam MSK. Jangan mencalarkan nama universiti dengan sikap yang tidak profesional. Ini ingatan dan bukan nasihat..... Senior2 MSK tetap mendoakan kejayaan junior2 dalam mengendalikan Minggu Suai Kenal ini. Bagi yangs enior-senior pulak, jom ramai2 memeriahkan lagi Majlis Perkahwinan Sahabat SMU kita Abg Hakim Protokol di Klang pada 4 Julai ini.
achit kata: Pengalaman lebih berharga daripada pembaharuan. Belajar dari pengalaman untuk membuat pembaharuan dan bukan tolak pengalaman kerana ianya pahit.....
0 comments:
Post a Comment