BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 1, 2010

Praktikum di SMART

Salam….

Sudah hampir 6 bulan saya menyepi dari blog ini. Maklumlah sibuk dengan praktikum di SMK Taman Keramat. Hmm.... kali ini achit akan menulis tentang pengalaman achit sepanjang praktikum sebagai seorang guru di SMK Taman Keramat, Gombak.

Alkisah sebelum praktikum:

Sepatutnya, achit bukan ke Sekolah Taman Keramat (SMART) seperti yang di sangka oleh ramai pihak. Sebenarnya, achit di buang ke sekolah tersebut kerana SAAS Kajang telah penuh. Oleh sebab itu, achit terima je coz malas nk pk banyak. Tuk pengetahuan korang sume, SMART nie terletak hampir 30 KM dari rumah achit. Pergi balik 60Km sehari. Jauh x jauh??? Setiap pagi mesti keluar rumah 6.30 pagi. Kalau x, lewatlah sampai ke sekolah SMART 2

Semasa Praktikum:

Sebahagian cikgu praktikum di SMART

Sepanjang berada di SMART, macam biase lah aku ni kan KEJI, mula2 student memang takut ngan kau sebab menggunakan dasar kekejian pembetulan 3 x kalau salah. Hmm, siap boleh dapat pangkat cikgu mulut puaka, hmm sape x kenal. Tujuan achit hanya satu iaitu mendidik dan yang paling penting objektif P&P tercapai. Lama kelamaan depa sume bleh ikut cara aku dan hasilnya ujian pertama paling tinggi 98%. Memang soalan susah, tapi sunggu x sangka ada jugak student yang boleh skor. Maknanya aku x ajar ajaran sesat eh... Masa 16 minggu di SMART seperti 16 hari je. Masa begitu mencemburui sehinggakan achit rasa baru sekejap je praktikum dah tamat.

Antara aktiviti yang telah achit jalankan di SMART:

1. Merentas Desa sekolah

2. Sukan Sekolah

3. Kem Kepimpinan SMART di UPSI (projek besar)

4. Melatih student tuk debat ala parlimen MSSD

5. Melatih student tarian zapin tuk show Hari Anugerah Cemerlang

6. AJK Hari Anugerah Cemerlang

7. Melatih student tuk sketsa Hari Guru Sekolah

8. Melatih dan menyiapkan perbarisan Rumah Laksamana

9. Melatih student bola tampar MSSD

10. Menjadi pengiring ke 2 ke Kejohanan bola tampar MSSD Gombak

11. Menjadi pengiring ke 2 ke Kejohanan Softball MSSD Gombak

12. Menjadi Pengiring ke Pameran Kerjaya Accounting di PWTC

13. Menjadi AJK Pertandingan Kawad Kaki Sekolah

Hmm... itu sahaja yang sempat achit lakukan dalam masa yang terdekat. Banyak ragam manusia yang achit jumpa di SMART. Hmm kalau nak diceritakan satu persatu, fuh, mmg x cukup. Kelas achit ada 5 iaitu 4A, 4B, 4C, 3C, 3D, 3B dan 3F ( dapat last minit). Aku memang keji dalam kelas, tapi yang penting p&p tercapai.

Hari terakhir di SMART adalah hari2 yang sungguh touching gak lah. Muka confident tapi dalam hati Allah je yang tahu. Hmm nak buat mcm mn? Setiap yg bertemu pasti berpisah. So, redha je... Tapi sepanjang berada di SMART, aku banyak belajar dari ragam manusia. Tuk post yang akan datang achit akan ceritakan manusia-manusia di SMART....

Sekian sahaja, langit gelap sini seolah2 memarahi someone.... takottt....

achit kata: Hmm pastikan anda semua katif di universiti k, kalau x mmg sakit kalo g praktikum t.... lalala, trademark terbaru iaiutu pk, pk dan terus ber pk....

1 comments:

MiE sMiLe said...

tahniah achit..musti banyak lagi ceritakan..
teruskan