BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 2, 2010

Ragam kerja di SMART


Salam

Seperti yang achit janjikan sebelum ini, post kali ini berkaitan dengan ragam manusia SMART. Hmm... achit mulakan dengan cikgu-cikgu dia dulu k. Cikgu-cikgu SMART sume best2 tapi organisasi mana yang perfectkan. Kalau dah jadi orang melayu, pasti x lari dengan kelayakan PHD. Opps korang x taw ke PHD = Perasaan Hasad Dengki. Well, biasa lah, kalau seseorang yang lebih bagus daripada orang lain, akan wujud satu perasaan yang agak tidak menyenangkan (ni keje setan k). Walaubagaimanapun, terdapat banyak gak insan yang baik di SMART seperti Pn Haniza Abd Aziz, Pn Aniza Md Arif, Pn Azah Abd Aziz, Pn Nornie, En Khairul, En Zaikham, Uztek Madi, Pn Kamilah Noor, Pn Azamima, Pn Alya Low (ngan depa nie kije sume senang).


Hmm... satu kisah tentang ragam manusia yang hampir jadi pertelagahan:

Kisahnya bermula ketika persiapan Majlis Augerah Cemerlang SMART 2010. Korang sume bayangkan, 1st kali masuk meeting tersebut, dah macam2 dalam benak tuk dilakukan. Tapi, sumenye berubah sebab, meeting nie dari jam 1.40 petang sampai 4.15 petang. Gila x gila meeting punya lama, sampai ada cikgu yang terlelap. Korang tahu apa yg terjadi? Si pengerusi 2, g baca sorang2 punya bidang tugas and explain satu2 macam orang lain x reti baca. Fuh sejam pertama aku ok lagi, jam yang ke dua 2, memang aku dah hot. Even kalau meeting Pesta Konvokesyen dulu pun x pernah lama ( paling lama sejam je) chop, 2 masa aku jadi Timbalan pengarah 2, n my friend Faiz pengarah pesta konvo. Masa 2, tema kami, bukan bincang masalah tapi bincang solution je. Fuh rindu plak masa belajar and handle program besar universiti. Miss u guys!!!

Balik pada cita meeting tadi, sume orang tenshion sampai ada sorang cikgu 2 bangun, Pengetua kami x sembahyang zohor lagi dan petang ada latihan rumah sukan. Terus pengetua cantas pengerusi yang beria-ia bercakap dalam meeting 2. (salute sebab pengetua cemerlang). Korang taw x apa alasan pengerusi 2 wat meeting lama2 and mesti korang ter pk kan kenapa dia x fotostatkan sahaja bidang tugas kepada AJK berkaitan. Alasannya: JIMAT KERTAS. Fuh....

Kerja kumpulan sangat penting dalam organisasi

Then, sehari sebelum majlis:

Opps, aku x boleh ceritakan kerana ianya sungguh x masuk akal, bergaduh sebab muzik iringan masuk je. Then benda kecik jadi besar.... STOP!!!

Selepas majlis:

Jangan jadi gila kuasa dalam meeting organisasi.

Aku x puas hati then korang tahu apa yang aku buat? Aku g tulis banyak2 dalam borang post mortem. Hmm... baru aku sedar, rupanya cikgu praktikum di sekolah dianggap sebagai bayi baru lahir tanpa tahu apa2. Hmm... depa silap kot, bagi aku, tolonglah terima perubahan, jangan berada di takuk yang lama lagi. Pleaseeeeeeee gunakan idea-idea dalam satu-satu majlis. Hmm... serius rindu zaman handle program dengan kawan-kawan....

Hmm... balik pada tajuk post, overall, manusia-manusia di SMART semua baik2, Cuma ada sebahagian je yang dengki dan terancam dengan kehadiran cikgu-cikgu praktikum UPSI. Hmm... lagi satu kes, kesian kawan DPLI yang dapat cikgu pembimbing keji. Dia pon X student UPSI, (result praktikum dia B je k). Jadi dia balas dendam pada cikgu praktikum DPLI tersebut dan menulis bukan-bukan dalam wall Facebook dia. Nasib baik dia mengandung, kalau x, lama dah kena lahar.... (baik juga aku). Walaubagaimanapun, akhirnya dia perasan kot wall yang fire dia dalam facebook dan terus dia delete. Padan muka.

Hmm... rupanya banyak ragam orang yang dah bekerja nie erk. Aku kadang-kadang terpk kenapalah kami geng2 dompok x satu sekolah. Kalau sume geng2 dompok nie berada satu sekolah, sah2 sekolah 2 jadi terbilang di malaysia, masih bermimpi untuk mendapatkan situasi seperti itu.

Geng-geng SMU: Aku, Faiz, Shahrir, Suiz, Helmi, Ina, Emy, Rizal, Raimi, Izlan, Cik Tam, Cik Nab, Kherry, Anis Macho, Kak Kasya, Nuq Wan, Suhaimi, Bob Krol, Saripah Dora, Razik, Nuq Hairi, Nabila Soraya, Ain Razak, Wan Jang, Wan Chik, Md Shah, Zulfa, Feedo, Alif, Im kayu, Iza senget, Sally, Murni, Ilyana, and sume kengkawan SMU. Kalau semua satu sekolah, sah2 jadi the best school in Malaysia.... hehehe.... angan-angan tol.

Hmm... kalau kita nak berjaya and enjoy dalam pekerjaan, make sure kita dapat team kerja yang best, baru boleh develop career dengan berkesan.

Post akan datang, achit akan buka cerita tentang student achit di SMART.... lalala....

achit kata: Dalam sesebuah organisasi pasti wujud ular yang menunggu mangsa, so, sebagai insan yang profesional kita kena bersedia dan wujudkan suasana kerja yang harmoni. Lalala...... jom pk lagi!!!

1 comments:

ezzaFarEezaShahRizaL said...

amin..moge impian jd kenyataan,,
jum,,bila nk bt miting pertama utk menubuhkan skola Dompok,,haha~