BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Cinta.... Show all posts
Showing posts with label Cinta.... Show all posts

Thursday, November 5, 2009

Kesudahan Labu dan Labi!!!

Salam


Sat g akan bermula paper ke dua untuk semester akhir. Paper Accounting Information System, iaitu paper killer untuk sem nie. Fuh, aku harap, boleh jawab dengan tenang dalam dewan peperiksaan. Hmm... semalam tak sempat nak menulis sebab sibuk study paper killer ini.


Hmm... ramai yang memberi respon tentang penulisan aku tentang kisah labu dan labi. Tak sangka kisah ini akan menjadi tanda tanya kepada korang sume tentang apakah kesudahannya.
Ramai juga yang curious, dan membuat pelbagai andaian tentang kisah tersebut, tapi itu terpulang pada korang semua untuk menilainya. Aku pun terfikir sebenarnya ada satu kesudahan yang mungkin dalam kisah Labu dan Labi itu. Hmm... semua jawapan kesudahan cerita Labu dan Labi ada pada lirik lagu penghujung rindu. Aku rasa korang boleh faham tentang apa yang aku maksudkan....

Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia

Seribu tahun takkan samaSesaat
bersatu dalam nyata
Kerna kasih ku sanggup korbankan
Jasad dan nyawa

Terang bulan kerana mentari
Hadir bayang kerana cahaya
Begitulah cinta kita

Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati

Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar cinta
Kita bertemu di penghujung rindu

Hmm... korang faham kan apa yang ada dalam bait-bait lirik lagu ini? Hmm... x perlu cerita banyak. Semuanya aku dah rungkaikan dalam lirik lagu tersebut tentang kisah labu dan labi. Hmm.. walaubagaimanapun, semuanya bergantung pada takdir. Dan masa akan menentukan segalanya...

achit kata: Untuk mendapatkan cinta sejati, kita perlu berkorban, Someone, somewhere is just for us... lalalala

Sunday, November 1, 2009

Kisah Labu & Labi... Apa kesudahannya???

Kisah Labu & Labi




Hmm… terdapat satu kisah bermula zaman mereka. Si lelaki bernama Labu dan perempuan bernama Labi. Ini bukan kisah Labu Labi tapi kisah mereka berdua. Labu bertemu Labi dalam satu pengurusan majlis makan malam. Labu masa itu tidak mengenali Labi sehingga labi datang berjumpa dengan Labu dan bertanya mengenai penganjuran majlis tersebut.

Labu dan labi sibuk dengan majlis makan malam masing-masing. Pada satu hari, si Labu jatuh hati dengan si Labi dan telah meluahkan perasaannya pada Labi kerana Labu merasakan Labi adalah pilihan yang ditentukan oleh Yang Esa. Labi tidak menerima, dan Labi juga tidak menolak dan hubungan Labu dan Labi menjadi penuh tanda tanya ??????. Labu merasakan dia masih ada peluang bersama dengan Labi dan sentiasa mencuba mengambil hati Labi, tetapi Labi masih seperi dulu dan Labi kata biarlah kita mengenali hati budi masing-masing. Labu pon merasakan jawapan itu sudah memadai dan berjanji pada Labi akan menuggu sehingga akhir hayat.

Kemudian, Labu dan Labi meneruskan kehidupan mereka seperti biasa kerana Labu percaya labi dalam proses mengenali hati masing-masing. Kemudian, mereka dipertemukan apabila kedeua-deua meraka menjadi fasilitator pada satu aktiviti di kolej masing-masing. Labu mengambil peluang untuk mengenali keluarga Labi dengan cerita yang disampaikan oleh Labi dan mengingatkan janji Labu yang akan menuggu hingga akhir hayatnya. Si Labi terdiam dan tidak memberi respon ketika itu.

Pada masa yang sama Labu dan labi meneruskan pendidikan mereka di peringkat yang lebih tinggi. Labu dan Labi terpisah. Si Labi telah menukar no telefonnya dan si Labu terpaksa mencari dan berusaha mendapatkannya semula kerana Labu masih mahu bersama si Labi kerana cinta labu adalah suci dan murni yang keluar dari hati yang ikhlas.

3 tahun berlalu, Setiap hari mesti teringat si Labi. Hari-hari si Labu masih menunggu si Labi supaya dapat berjumpa dengan si labi kerana terlalu rindu. Pada masa yang sama si Labu tidak mencari perempuan lain kerana Si Labu masih mencintai si Labi lebih mendalam.

Pada satu hari, si Labi menghubungi si Labu. Hati Labu melonjak kegembiraan dan merasakan si Labi itu memang adalah jodoh yang ditentukan oleh Yang Esa. Si Labu merasakan seolah2 dunia itu berbunga semula. Tapi siapa sangka si Labi menyatakan bahawa Si Labi tidak akan hidup lama kerana si Labi menghidap satu penyakit ganjil. Si Labu terkedu dan seolah dunia yang berbunga tadi seolah-olah bunga yang berduri menimpa si Labu. Walaubagaimanapun, si Labu tetap sanggup menerima si Labi kerana cintanya bukan kerana paras rupa tetapi cintanya lebih mendalam apabila mengetahui si labi dalam keadaan begitu.

Si Labi tetap degil dan mendoakan si Labu dapat mencari pasagan lain kerana si labi tidak mampu bersedih lagi dengan keadaannya. Si Labi meminta si Labu melepaskan janjinya supaya tidak menuggu dan meneruskan hidup Labu seperti sedia kala. Si Labu merasakan penantian selama 3 tahun tidak menjadi makna apabila si Labi berkata demikian.

Akhirnya, si Labu ternanti-nanti pertemuan antara mereka dan si Labu masih mencintai si Labi dan selalu berdoa pada yang maha Esa supaya Labi dapat disembuhkan. Cinta Labu kepada Labi semakin hari semakin mendalam. Ini kerana Labu amat menyayangi si labi. Satu sahaja harapan si Labu sehingga hari ini supaya mahukan si Labi sentiasa gembira disaat-saat akhir Labi. Labu menjadi tidak tentu hala sehingga berjumpa dengan Terung (lelaki) dan menceritakan semua masalahnya pada terung. Si Labu percaya bahawa setiap yang ada di muka Bumi Allah akan pergi jua satu hari nanti. Si Labu masih mencintai si Labi sehingga hari ini dan tidak bersabar untuk berjumpa dengan si Labi kelak...Si Labu merasakan cintanya itu datang kembali untuk meniggalkannya untuk selama-lamanya... Lalalala.....


achit kata :Apakah kesudahan kisah ini??? Ini merupakan cinta pertama si Labu... Cinta memang buta, tapi butakah cinta???