BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 2, 2009

Letrik oh Letrik...

Salam

Hmm... terima kasih pada semua yang respon sebelum nie, tuk post Kisah Adik Beradik 2. Hehe... Terharu juga lah sebab korang bagi support kat aku wat blog ini. Hmm... itu sebenarnya luahan hati yang terbuku selama ini. Alhamdulillah, terluah juga akhirnya, ringan sikit bebanan dalam minda aku ini. Maceh semua.

Hari ini satu benda pelik yang tak pernah berlaku dalam hidup aku berlaku. Ini bukan kisah sedih erk. Tapi kisah yang boleh aku katakan yang agak malu jugak lah. Kul 1.00 petang tadi aku balik rumah selepas study group kat library. Balik kononya nak tengok ladang and Cafe world dalam facebook lah, tapi...

Apabila tiba je di muka pintu, tekejut dengan sehelai kertas warna merah. Aku tak masuk lagi rumah terus ja buka surat merah tu. Rupanya, tertulis OPS POTONG. Pas 2 aku dongak kepala kat atas, tengok fius utama, Ya Allah tak ade. Rupanya elektrik rumah sewa aku dah dipotong. Huaaa.... tak bayar 2 bulan rupanya, dah lah poket tengah kosong nie. Ingatkan nak lari terus ke rumah Helmi, tapi datang plak si Opie, uishhh tak sempat nak kerumah Helmi. Terus ja, discuss cam mana nak solve kan benda 2. Opie pon poket kosong. Apih pon sama, boleh tak sedar masa TNB datang rumah potong elektrik. Dok bungkang ja. Hmm... pas itu aku dah terpikir dah, uishhh malunya kat jiran-jiran kena potong letrik. Dengan muka tebal, aku and Opie terus ke TNB Tg Malim untuk bayar bil itu. Malu lah jugak sebab nak bayar.



Then, aku terus ja balik hantar Opie dan terus ke rumah Helmi untuk tengok Farm and Cafe aku. Sebabnya TNB akan pasang waktu petang. Hmm... nasib baik lah Helmi ada rumah ngang Faiz. Boleh aku tumpang sekaki main Facebook.

Hmm... agak malu yew, sebab 1st time dalam life, kena potong letrik. Tapi tak apa, ini pengalaman yang aku akan ingat bila dah tak ada kat UPSI ini. Aku harap, ini 1st and last kena potong letrik di rumah aku. Hahaha.... mesti ramai gelakkan aku nie. Hmm... Then petang tadi aku sambung semula study research and AIS di library. Ntahlah.... sem nie, aku rasa amik exam wat syarat je. Maybe istilah exam 2 dah tepu dalam diri aku.


Owh terlupa satu lagi cita, aku dapat tawaran daripada En Khalizul, pensyarah MIS aku setahun yang lepas. Dia ajak aku join Team ngan dia untuk pertandingan MIS di UNIKL. Esok dia minta aku jumpa dia untuk keterangan lanjut. Aku pun tak pasti nak join ke tak. Tapi macam best lah jugak. Hmm... keadaan kampus hari ini tak seperti exam pon aku rasa, macam biasa ja. Macam aku cakap tadi, maybe dah imun exam 2 dalam diri aku. Hehehe.


Hah, aku nak wat speacial ucapan sini kepada Naim, sebab dia dah berusia 22 tahun hari ini. Naim Happy Birthday dan semoga cepat bertemu jodoh dan bahagia selalu. Hehehe.... Hmm... hari ini pon masih hujan lagi. Tunggulah cerita aku seterusnya pasal Kisah Budak Senget yang Capek.... Lalala

achit kata: Terangi hidup anda dengan TNB, kalau tak bayar, terangi dengan pelita dan lilin. Hehehe...

2 comments:

Anonymous said...

hahaha... 2 lah x bayaq lg letrik 2...ishk3..

sally lg skali ek said...

hahaha...lain kali Jgn lupa byr abg oiii...nie sdp jer gn tp byr tak...hahahaah( jgn mrh )