BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 1, 2009

Study... study and study!!!

Salam…



Aku membuka mata pada pagi ini dengan azam baru. Azam bru yang ak maksudkan ialah untuk sambung balik study aku kerana exam akan mula dalam beberapa hari lag. 2 hari sudah ak tidak menjamah buku, dan semua benda yang aku telaah bersama akmal, naim dan ika hampir dilupakan. Owh... rasa, susah untuk mengingat point. Dulu zaman sekolah, zaman mt3x, mudah untuk menghafal, tapi la nie, agak sukar untuk menghafal. Konsep la nie, adalah memahamkan dan menggoreng di dewan peperiksaan. Ini merupakan secret recepies untuk mendapat dekan setiap sem.

Seha, ika, aku, naim and akmal ( theme eseimen and study group yg bermula sem 2)


Ntahlah, owg kata aku nie pandai, skema, dan rajin. Padahal aku rasa study di UPSI nie bukannya susah, cuma kita kena smart dalam skor paper2 di UPSI. Aku bukan jenis yang reti study sowg2. Uishhh... banyak kot topik yang nak cover. Nasib baik lah ada kawan2 yang sanggup nak wat study group. Alhamdulillah and aku ucapkan maceh pada diowg.


Hmm... pagi nie juga aku mendapat satu SMS dari seorang sahabat atau seorang kakak yang telah menjadi guru di Johor. SMSnya berbunyi gini ;


“ salam sahabat2 sume, kowg cm mn? Aku nye skolah bnyk sgt kije, mklumlah skolah baru, pengetua pompuan, kowg phm jelah cane kan. Ari2 blk kol 5 ptg. Sabtu ahad pon kena g skolah, penat sgt, balik skolah tido ja, penat gile, bilik guru and kelas jauh gile, mmg patah pinggang gak ar naek tangga, slagi x abeh orientasi 3 minggu, ari2 balik kol 5, kowg jgn kecik hati erk, kalo x sempat contact kowg 2 3 mnggu nie erk, Miz u guy so much....”



SMS daripada Cik Tam, seorang sahabat dan jugak kakak pada aku. hehe...



Daripada sms 2, aku terpikir, susah menjadi seorang guru rupanya, banyak tanggungjawab yg perlu dipikul. Aku terpikir cam mana lah aku nk g praktikum sem depan. Alhamdulillah atas usaha keras atas ULM, aku dapat jugak SMK Sultan Abd Aziz Shah, di Kajang. Mampukah aku menjadi guru??? Satu persoalan yang bermain di minda apabila mendapat sms tersebut dari Cik Tam. Mereka sudah menjadi guru, kita bagaimana??? Arghh.... x perlu pikir lagi, wat serabut kpale ja pagi2 nie, baek aku pikir study. Paper 1st aku pada 4 hb, paper Research, 5 hb papaer AIS, then sambung semula pada 11 hb, paper isu and last kali 12 hb paper POP.


Aku harap, aku leh skor mcm sem2 sebelum ini, walaupun agak malas sem ini. Hmm... banyak plak aku cakap pagi2 buta nie. Pape pown, aku minta maaf lah pada semua kawan, dan ucapkan selamat menghadapi Final exam yang akan mula pada esok 2 November sehinggalah 19 November ini. Gud Luck guys!!!

achit kata: Study hard, Study Smart, Dont Be Jahat, This is my Nasihat. Hehe...

0 comments: