BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 4, 2009

Asset Bangi or Estet Bangi ???

Salam.

Hmm... fuh, baru dapat peluang untuk menulis. Hari ini, masa begitu berjalan dengan pantas. Mungkin esok adalah 1st paper aku 4 the last semester. Agak busy ngn study group, dan discussion akhir research sebelum masuk berperang dalam dewan peperiksaan esok. Esok paper Kaedah Penyelidikan, jam 2 30 minit petang. Doakanlah aku tenang menjawab exam esok. Kepada kawan-kawan yang mengambil subjek ini, Gud Luck k... Hehehe...

Aku tahu semua tensen dalam minggu exam ini, jadi aku amik kesempatan ini untuk ceritakan satu peristiwa yang menimpa diri aku pada tahun 2008. Nak cakap, kisah sedih, lawak, bodoh. Itu terpulang pada korang untuk membacanya. Aku tahu ramai yang sudah tahu cerita ini, dan sekali lagi secara rasminya aku terjemahkan cerita ini dalam bentuk penulisan. Ini bukan rekaan, tapi kisah benar yang menimpa diri aku pada tahun 2008

Al kisah....

Aku bersyukur kerana terpilih menjadi urusetia bagi mengendalikan satu majlis yang bertaraf kebangsaan. Majlis tersebut ialah Konvensyen MPP IPTA se Malaysia pada tahun 2008 bertempat di Asset Bangi. Konvensyen ini dihadiri oleh semua tampuk kepimpinan IPTA seluruh Malaysia untuk membincangkan isu-isu terkini dan menghantar resolusi kepada kementerian untuk tindakan susulan. Kebetulan, UPSI menjadi tuan rumah ketika itu. Aku diminta untuk menjadi urusetia pelaksana membantu melancarkan konvensyen itu selama 3 hari 2 malam.

Selepas tamat kelas pada waktu petang, aku bergegas menaiki bas Tg Malim-KL, dan terus sampai ke KL dalam pukul 7.30 malam. Oleh kerana, tempat konvensyen itu di Bangi. Aku mengambil keputusan menggunakan Komuter untuk kesana. Tapi wujud kesangsian dalam diri sama ada ingin turun di stesen UKM, atau stesen Bangi. Aku pun call Penasihat SMU ketika itu yang mengendalikan semua urusetia Konvensyen itu, En Muzamil. Dia memberitahu untuk turun di stesen Bangi. Aku dengan confidentnya membeli tiket ke Bangi dan menaiki tren daripada Sentral KL. Sepanjang perjalanan, aku memikirkan tidak sabar untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang sudah pergi awal dan sampai pada waktu petang di Asset Bangi tersebut. Tren berlepas dari satu stesen ke satu stesen. Serdang.... Kajang.... UKM.... then sampailah Bangi. Apbila sampai di stetsen Bangi tersebut, aku lihat sekeliling, ianya merupakan satu pekan lama. Rupanya ianya merupakan Bangi Lama.

Ketika itu, aku terus call En Muz, dia bagi tahu, selepas keluar dari stesen itu, amik jalan kiri dan akan ada satu bukit. Amik jalan tersebut dan akan sampai ke Asset Bangi. Ok... Aku pun confident ja keluar dari stesen itu, dn berjalan. Masa tu terjumpa seorang pemuda dan aku bertanya dimana Asset Bangi. Jawapannya, tidak pasti. Jam di tangan sudah pun menunjukkan hampir 9.30 malam. Keadaan kawasan sekitar stesen Bangi sungguh menyeramkan. Ini kerana, Pekan Bangi lama ialah sebuah pekan yang lama, dan tidak sama seperti Bandar Baru Bangi yang begitu pesat pembangunannya.

Apabila keluar dari stesen itu, aku pon amik jalan kiri dan menaiki jalan bukit untuk ke Asset Bangi. Makin jalan, makin tak sampai. Keadaan gelap di sekeliling tebal dengan semak yang tebal. Aku percaya, oleh kerana Jalan kampung, ianya tidak diuruskan dengan begitu baik. Hampir 1 km aku berjalan, masih tidak sampai ke Asset Bangi. Mujurlah ada seorang Pak Cik dalam lingkungan 50 an yang keluar dari surau berdekatan. Dia nampak aku dengan beg, then menawarkan untuk tumpang dia.

Dia tanya : Adik dari mana?
Aku Jawab : Dari UPSI.
Pak Cik : Nak ke mana malam-malam nie?
Aku jawab : Nak ke Asset Bangi.

Gambar Hiasan


Kemudian dia suruh aku bonceng motor dia, sebab dia kata tahu kat mana Asset Bangi. Aku pun gembira gila dan confidentnya naik moto pak cik 2 tanpa pakai helmet. Sepanjang perjalanan aku tak banyak bunyi dengan dia. Apabila sampai satu simpang, dia kata, adik itulah ke destinasi adik, pak cik nak ikut jalan ni. Aku terkejut lah, sebab, jalan yang aku nak tuju tu sangat gelap. Dan hanya jalan disekeliling hanyalah hutan belantara. Sebab aku dikhabarkan Asset Bangi itu, tempatnya terang benderang, bangunan yang tinggi. Tapi x de langsung hint yang tunjukkan keadaan sebegitu. Aku dah cuak masa 2. Rupanya Pak Cik 2 bagi tahu. ADIK ITULAH JALAN KE ESTET BANGI. Ya Allah!!! Aku hanya ucap terima kasih ja pada pak cik 2,walaupun aku tahu dia 2 salah. Aku geram giler ngan pak cik 2 masa 2, tapi dia kan dah tua, aku tahankan aje. Aku senyum kat dia walaupun dalam hati Allah sahaja yang tahu. Pak Cik 2 pon balik ke rumahnya.


Aku pon cuak dalam keadaan gitu, aku call semula En Muz, then En Muz kata miscommunication. Rupanya aku sepatutnya, turun di stesen UKM. Fuh, masa 2, temperature aku naik tiba-tiba. Then, aku berjalan kaki ngan beg aku semula dalam 3 km ke stesen Komuter Bangi. Sepanjang perjalan 2, aku menyumpah2 pak cik 2. Letih dibuatnya kena berjalan semula. Bila aku pk balik, aku buat analisis daripada soklan dan jawapan daripada pemahaman pak cik 2.

Dia tanya : Adik dari mana?
Aku Jawab : Dari UPSI. ( dia ingat aku dari oversea)
Pak Cik : Nak ke mana malam-malam nie?
Aku jawab : Nak ke Asset Bangi. (dia ingat aku nk pegi estet Bangi sebab muka aku pon ala2 ja)


Akhirnya, En Muz pi amik aku kat stesen Bangi dan aku sampai ke Asset Bangi dalam kul 11.30 malam. Sampai sahaja disitu, peristiwa ini jadi gelak ketawa kat semua pegawai HEP yang ada masa 2, termasuklah shahrir, Kak tiqa, Suhaimi Shabullah, Bashron, En Faris, En Mail, Kak Zura n lain-lainlah. Tensen aku dibuatnya. Sampai la nie, aku x leh lupa pak cik yang confident 2. Satu pengalaman yang boleh dikatakan agak menyeramkan dan bodoh. Hahaha... Tapi aku bersyukur, selamat sampai ke Asset Bangi. Alhamdulillah.


achit kata: Jangan terlalu confident kalau kita sendiri tak pasti lagi kesahihannya... ishk3

4 comments:

eMy said...

hahahahaha...lucunye...u dah pun cite kat i pasal ni...siap tunjuk lg tmpt peristiwa ni berlaku...hahahaha..betul lah hilang ckit stress i bc cite u ni.....wakakakaakaka.

maha said...

hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah...huhuh pnt gelak..
pape pn tahniah...kakakaka..malu bertanye sesat jalan..tp kalu banyak tanye tersesat terus...

雁霜 said...

haha
pengalaman yang istimewa bagi awak...
nasib baik awak lelaki...
kalau perempuan, x kan la nak naik motor pakcik tu
bahaya

Nur said...

aku suka org confident..hahaha