BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 7, 2009

Exam, Bola n Muzik muzik....

Salam
Alhamdulillah, sudah 2 paper habis, tinggal 2 paperl lagi yang tinggal untuk aku habiskan degree ini. Fuh... lamanya nak tunggu hari khamis. Sebab paper dah habis. Merdeka sudah.... Sudah lama rasanya tak menulis. Lepas aku habis paper AIS, aku tak ada mood untuk study. Sebabnya, aura AIS seperti paper TAX sem lepas. Jelas terasa kepayahannya. Tak tahu mana silapnya, memang paper itu sangat mencabar minda. Flowchartnya ntah apa2 aku jawab. Kini berserah je lah.

Hmm belum sempat aku habis exam, tapi tawaran macam-macam sudah datang untuk diisi sepanjang cuti sem yang akan datang. Aku kongsi ngan korang sume jadual aku yew sepanjang November ini:

12 Nov Habis paper
13 Nov Kemas barang
14 Nov Balik rumah
15 – 18 Nov Konvensyen SPRM di UKM
19 – 21 Nov Di rumah Shahrir. (kak dia menikah)
22 - 24 Nov Kursus
25 - 30 Nov Balik rumah (Hari Raya Aidiladha)
1 Dis Balik UPSI
2-5 Dis SPARK di Penang.

Lepas 5 Dis Setakat ini free lagi dan tertakluk pada perubahan. Hehehe...

Macam 2 lah jadual aku lepas exam. Fuh, banyak benda nak buat. Hmm... alamak hujan lebat lagi hari ini. Aku pon tak pahamlah kenapa asyik hujan ja 2 3 hari ini. Lebat plak 2... Walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur kerana mungkin ini merupakan hujan rahmat. Uishhh makin lebat diluar sana. Sejuk rasanya. Nasib baik sempat hantar Droll balik rumah tadi. Huhuhu...


Malam ini adalah Perlawanan akhir bola sepak antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Aku pon tengok jugaklah. Hanya tengok masa pertama, nampaknya Negeri Sembilan mendahului Kelantan dengan 1-0. Kedai makan semua penuh ngan dak2 UPSI. Lepas perlawanan masa pertama, aku balik rumah sebab, bukan negeri aku yang main. Kalau negeri aku, nak jugak lah aku tengok. Aku kan anak jati Selangor. Hehehe... Tapi daripada rentak permainan, aku rasa Negeri Sembilan akan menang malam ini. Sepanjang perlawanan yang aku saksikan, permainan banyak memihak pada Negeri Sembilan. Apa sudah jadi ngan pasukan Red Warrior??? Hmm.... penyokong diorang memang kuat. Adakah Kelantan terkena Badi untuk tidak menjuarai Piala? Walaubagaimanapun, apa2 sahaja boleh terjadi dalam masa ke dua ini. Kita tengok je lah nanti sape yang juara musim kali ini. Kalau tanya aku, aku rasa Negeri Sembilan, tapi terpulanglah kat korang yew. Hahaha...


Sudah pasal bola, kita beralih kepada hiburan pulak. Semalam diadakan Muzik-muzik separuh akhir. 10 lagu dipertandingkan, tapi hanya 5 sahaja yang berjaya dapat menduduki tangga teratas. Antara artis yang mungkin layak ke Anugerah Juara Lagu 24 ialah, Yuna, Hujan, Aizat, Alya dan satu lagi aku tak berapa nak ingat. Walaubagaimanapun, best tengok persembahan Jac n Kak Ani yang membuat kemunculan semula dengan Lagu Enjut. Mungkin tak ada rezeki tahun ini bagi mereka ini. Tapi aku tak paham cam mana lagu Hujan boleh masuk, sebab, aku rasa cam tak best ja. Korang dengar lah k. Pastu korang nilai sendiri. Dan 10 lagu lagi akan dipertandingkan pada minggu hadapan...


Dahlah, ini ja dapat kutulis untuk kali ini. Sebab, aku ada benda lain yang perlu aku lakukan tuk hari ini. Hahaha... Semoga korang sume dapat jawab exam dengan baik sekali k. Jangan give up and usaha selagi mampu. Akhir kata...... lalalalala.....

achit kata: Gunakan masa cuti dengan sebaiknya, kerana masa itu emas. Jangan bazirkan masa dengan perkara yang tidak berfaedah.... Perolehilah ilmu selagi mampu untuk memilikinya kerana ilmu itu sangat luas.... Semakin kita belajar sesuatu perkara, maka semakin kita tak tahu perkara itu.... tak caya??? Cubalah kaji sesuatu perkara dengan niat yang betul.... heheheh....

2 comments:

aiShah said...

ER..
AGK COMPLICATED JGK NK BCE Citer ni..

ZULHUSNI_95 said...

TAHNIAH......... MALAYSIA BERJAYA MENAMATKAN KEMARAU 20 TAHUN EMASSS. SUKAN SEA VIENTIAN KE 25.... GUE CAYA SAMA LU.... TIBANYA UNTUK SKUAD HARIMAU MUDA MENJADI JAGUH ASIA.. BUKAN MUSTAHHIIILLL. BANYAK KAN DOA...INSYAALLAH.... KHUSHUS BUAT BADDROL BAKHTIAR & PENJAGA GAWANG HARIMAU MUDA, SHABRINEE ALAWEE