BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 12, 2009

Akhirnya... Selamat tinggal UPSI...

Alhamdulillah… habis exam tuk degree… Hmm… rasa macam tak percaya ja aku dah habis belajar. Selepas ini dugaan dan cabaran lain pulak yang akan menyusul dalam hidup. Diari di UPSI akan ditutup. Sem depan diari SMK SAAS KAJANG pulak aku buka sebagai guru pelatih. Persoalannya… bersediakah aku mendidik anak bangsa??? Bukan mudah menjadi pendidik. Lagi-lagi budak budak sekarang. Fuh, banyak cabarannya…

Banyak memori yang aku akan ingat sepanjang berada di UPSI. Kawan-kawan, lecturer dan persekitaran semuanya akan aku rindui nanti. Terima kasih kepada semua kerana menjadikan aku sebahagian kecil daripada life korang semua. Aku banyak belajar dari ragam manusia. Siapa kawan, siapa lawan, semuanya aku sudah kenal.

Setiap yang bertemu pasti ada perpisahan. Hmm… entahlah, aku tahu pada permulaan hidup sebagai guru pelatih, aku akan rasa banyak kekurangan dan kekok sebab life dah berubah. Nampaknya lepas ini kena tidur awal untuk ke sekolah pagi esoknya pulak. Fuh, lain hidup sebagai mahasiswa. Hmm… walaubagaimanapun, aku berharap, korang semua doakan aku erk, supaya leh dapat A dalam praktikum. Hehehe…

Kepada kawan-kawan sekelas, aku memang tak banyak menulis korang dalam blog nie, bukan sebab korang x best, tapi aku masih dalam proses mengarang pasal korang semua. Sepanjang 7 semester dengan korang, aku banyak belajar. Walaupun aku tahu kadang kadang aku ini menyakitkan hati korang semua, korang tetap berkawan dengan aku. Hehehe.... Kalau aku tak buat macam 2, maknanya betullah kata orang nanti budak akaun skema. Hahaha.... Aku suka menyakat korang semua sebab, BEST... hahaha....


Uishhh, pendek kata; kenangan lama usah di kenang kalau dikenang merana jua.... Hmm... tapi kadang-kadang kenangan itu perlu untuk mematangkan kehidupan kita. Hmm... Alhamdulllah semuanya telah berakhir, maksud aku exam. Esok aku dah berangkat pulang ke KL. Banyak gak kotak yang kena bawa balik. Hmm... ntahlah terlalu banyak memori di UPSI ini. Tidak lupa gak lah pada Kelab Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU) yang telah mengajar banyak perkara terutamnya dalam pengendalian majlis. Ramai yang aku kenal melalui kelab ini. Thankz SMU....

Lepas ini mungkin aku agak lama update blog, sebab, rumah aku di KL tidak ada internet lagi. Namanya duk KL... hahaha....So, bagi kawan yang masih duk UPSI, teruskan perjuangan sebagai mahasiswa k...

achit kata: Pertemuan dan Perpisahan itu adalah adat berpisah....

0 comments: