BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 8, 2010

Subjek BM & SMK Taman Keramat KL

Assalamualaikum

Cikgu Tuisyen & SMK Taman Keramat KL....

Hmm… sudah lama rasanya tidak menulis dalam blog. Akhirnya aku dapat gak pasang broadband. Maxis Broadband ok. Sekarang lebih mudah untuk aku update blog ini. Hehehe.... Hari ini aku mendapat satu tawaran mengajar di salah sebuah pusat tuisyen yang bertempat di Puchong Selangor. Yang kelakarnya kali ini aku diminta mengajar subjek Bahasa Melayu untuk Tingkatan 1,2,3 dan 5. Aku terpaksalah rujuk kawan-kawan lain selepas ini untuk mengajar subjek B.Melayu tersebut. Aku rasa aku mampu mengajar subjek tu, memandangkan aku nie ada jugaklah pengalaman dalam Pesta pantun, Pertandingan Debat Ala Parlimen dan Pertandingan Syarahan serta Pidato sejak zaman sekolah menengah lagi. So, aku akan gunakan ilmu yang ada untuk mendidik anak bangsa kelak.

Minggu hadapan bermulalah aku praktikum di SMK Taman Keramat, Kuala Lumpur. Asalnya penempatan aku di SMK Sultan Abdul Aziz Shah Kajang, Tapi akhirnya pihak ULM, UPSI menukar atas beberapa alasan. Aku pun redha ja. Pendek kata,tak kisahlah ke sekolah manapun, asalkan mampu mengajar dengan cemerlang, gemilng dan terbilang. Hari demi hari, makin nervous rasanya nak ke sekolah. Aku tahu, aku kuat dengan konsep perakaunan, namun, tetap menjadi ketakutan untuk aku ke sekolah bagi mengajar subjek perakaunan. Hmm... lumrah manusia, pasti nervous apabila berkecimpung dalam sesuatu yang baru.

Hmm... walaubagaimanapun, aku rindu plak dengan zaman menjadi mahasiswa. Rasanya lebih seronok lagi berbanding menjadi guru praktikum walaupun aku belum lagi ke sekolah untuk mengajar. Hmm... teringat kawan-kawan yang masih study di UPSI.... Gud Luck tuk korang semua. Hope, dapat lagi berjumpa dengan korang satu hari nanti.....

achit kata: Hidup kena confident dengan apa yang kita lakukan... hehehe....

0 comments: