BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 16, 2010

Tatabahasa : Penggunaan kata yang tidak tepat & Hukum DM

Ini khas untuk pelajarku di Pustaka Ilmu Puchong....

Berikut adalah kesalahan tatabahasa.

Banyak dan Ramai

i. Kata banyak mempunyai hubungan dengan jumlah atau bilangan sama ada manusia, benda, atau binatang.

ii. Kata ramai pula mempunyai hubungan dengan keadaan Huh-rendah, riang, gembira, meriah, serba, sibuk, tidak sunyi, dan pen- duduk yang banyak. Jadi, kata ramai menunjukkan suasana atau keadaan.

iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku apabila kata banyak diganti dengan kata ramai.
Penggunaan yang SALAH
(a)* Ramai orang yang Nadir dalam majlis itu.
(b) *Tidak ramai orang yang suka akan ikan air tawar
(c) *Sudirman mempunyai peminat yang ramai.
Penggunaan yang BETUL
(a) Banyak orang yang Nadir dalam majlis itu.
(b) Tidak banyak orang yang suka akan ikan air tawar.
(c) Sudirman mempunyai peminat yang banyak.

HUKUM DM

Salah
Cili sos
Mini perpustakaan
Zaleha Restoran
Jaya Klinik
Betul

Sos cili
Perpustakaan mini
Restoran Zaleha
Klinik Jaya
Cikgu kata : Ini merupakan kesalahan tatabahasa yang sering diuji dalam soalan SPM soalan 3c & 3 d

2 comments:

Anonymous said...

perpustakaan mini...tapi bagaimana pula dengan mini telekung ? cikgu rashid

Anonymous said...

Cili sos ialah cili yang di proses untuk di buat sos.Jadi,tiada salah di dalam ayat cili sos.