BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 14, 2012

Kembali semula.... 2012


Salam bertemu kembali semula….

Hampir setahun lebih aku tak sedikit pown menjenguk blog ini. Minta maaf bloggers sume… Sejak jadi kakitangan awam ini, aku dah lupa dengan hobi menulis nie. Bukan apa, terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan….

By the way….. hampir setelah setahun lebih kenapa saya muncul semula yew??? Hahahah... pastinya semua tertanya2 bah kan... hahaha... kan dah ada unsur kesabahan sikit. InsyaAllah, dengan berkat kesabaran dan kegigihan saya,saya akan menulis semula.... Cerita hampir setahun lebih ini kita KUBURkan sahaja k.... Mulakan cerita bermula Oktober 2012.

Cerita 2012....

1. Perubahan drastik....

Dulu....











Sekarang.....











Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?

Ada yang cakap berangan, ada yang cakap over, ada yang cakap erk? Ada yang cakap gud job... btw, untuk pengetahuan bloggers sume, aku wat perubahan ini untuk kepuasan diri ja... hahahha.... dan x ada apa2 yang istimewa pown tentang perubahan ini.

2. Pen Pegawai Kebudayaan

Hmm... satu ja komen aku.... DULU,KINI dan SELAMANYA.... belakang tabir ja kije aku.... hmm... cabaran di Politeknik lain.... x sama dengan Universiti.... So,..... TERUS GIGIH dan KOMITED k... Sejakmasuk USKK nie,kije makin bertambah dan aku sentiasa mengejar masa.... InsyaAllah entri akan datang pasti akan aku kongsikan cerita k....

3. Keprofesionalisme

Sejak akhir akhir ini, banyak perkara yang berlaku, terutama berkaitan hal kerja, penyelewengan, rampasan kuasa, ketidak adilan, ketidak puas hatian semuanya telah aku laluinya.... Walaubagaimanapun, aku tetap PROFESIONAL dan akan terus GIGIH dan KOMITED sebab korang sendiri pown tahu, aku produk ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN.... masih bersemangat sejak aku menyanyikan lagu IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN.... InsyaAllah, sekiranya diberi peluang akan membuka segala rahsia, ketidakadilan yang berlaku ini.... TUHAN sentiasa pada PIHAK yang BENAR..... NO KOMENNNN

Balik pada kenapa aku muncul semula??? Sebab, aku rinduuuu untuk MENULIS.... tunggu entri2 kontroversi yang akan MUNCULLLLL......

Achit kata: Menulis adalah sesuatu yang indah, ibarat makan nasi dengan kicap.... tapi kalo berhenti menulis, ibarat makan bubur tanpa garam... Jadi menulislah semula supaya dapat merasakan kenikmatan bubur yang berkicap... hahahahaha....


Wednesday, January 12, 2011

~ aku kembali ~

Salam…

Bersua kembali wahai rakan-rakan blogger…. Sudah lama tidak ku menulis bicara pena hati. Maklumlah, menyesuaikan diri di Negeri di bawah bayu Sabah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan dengan limpah dan kurnia yang maha esa, aku masih hidup di muka bumi yang fana ini.

Kerjaya:

Hmm... achit telah mula mengajar bermula 6 Disember lepas. Semester ini achit diminta untuk mengajar subjek Fundamental of Accounting, Statistic dan Database Application. Hmm... manakala tugas sampingan pula ditempatkan di unit latihan industri jabatan, unit kerjaya dan psikologi jabatan, penasihat akademik DPM 1C, penyelaras perolehan jabatan. Alhamdulillah, tugas di politeknik sebenarnya tidak seperti yang di jangkakan. Tugasnya mencabar dan berat. Sebagai ahli akademik kita terpaksa memikul tugas yang banyak. Mula-mula memang achit mengeluh, tapi lama-kelamaan layan je lah... Hmm kadang-kadang rasa macam kuli batak pon ada. Entahlah, hanya pensyarah politeknik sahaja yang tahu beban tugas di politeknik. Tiba-tiba rindu pula nak bekerja di sekolah, tapi nak buat cam mane kan? Mungkin ini ketentuan yang telah ditentukan olehNYA.... So, pasti ada hikmahnya....

Student:

Hmm... student di sabah nie sume yang pandai menghormati pensyarah. Memanglah ada masalah bahasa mula-mula, tapi lepas 2 bulan, rasanya tidak ada masalah dengan student. Depa nie, lawak dan ada pelbagai ragam yang boleh mencuit hati. Hmm.. mana tak nya, kalo achit still gunakan AJARAN ABDUL RASHID. Hehehe..... tapi satu hari nanti depa akan faham kenapa achit mengajar guna konsep KEJI DAN TEGAS. Hmm... accounting satu konsep merekod, perlu ketelitian, perlu pemahaman dan bukan menghafal semata-mata.

Kawan-kawan:

Ntahlah.... setiap dalam tahap kehidupan achit, akan berjumpa dengan manusia-manusia yang mempunyai ragam tersendiri. So far, member-member satu jabatan semuanya best Cuma ada seoang jew lagi dalam JP 2 yang cannot go.... identiti makhluk itu perlu dirahsiakan agar kebaikan bersama. Biaselah, organisasi mana perfect kan??? Betul x? Tapi so far, makin lama makin di JP, rasa sangat seronok dengan ragam2 staf yang mencuit hati dan lucu itu. Juga gelagat si Abu Bakar (bukan nama sebenar) serta lain2 sangat lucu dalam jabatan JP.... hehehee....

Harapan:

Achit berharap, keseronokan bertugas di JP akan kekal, dan berharap konsep berbaik dengan semua. Buat apa perlu bermasam muka antara satu sama lain kan? Sebab kita nak bekerja bukan sehari 2, tapi lama. Kalau bergaduh, mesti segan jugak, sebab mesti hari2 jumpa muka yang sama. So, moral of the story, konsep BERBAIK SEMUA.

InsyaAllah, jika diberi masa nanti, acitakan terus menulis kerana banyak perkara yang mencuit hati di Sabah. Sabah ini sebua negeri yang mempunyai banyak tempat menarik. Hmm... memang seronok berada disini tapi kena beringat.... THIS IS NOT OUR PLACE!!!.... sangat windu pada kawan-kawan di semenanjung....

Wassalam!!!

achit kata: Life is wonderful; Kita mestilah sentiasa berfikiran positif dan sentiasa proaktif, supaya ada anjakan dalam hidup serta enjoy dalam bekije.....

Tuesday, September 21, 2010

Mula Berkhidmat Sebagai Pensyarah...

Mula Berkhidmat…

Salam…

Alhamdulillah… sebelum achit konvo, achit telah terima surat daripada pihak Kementerian pengajian Tinggi supaya lapor diri bertugas di POLITEKNIK KOTA KINABALU SABAH, mulai 19 Oktober 2010. Achit berasa sangat gembira apabila posting achit terlalu awal iaitu selepas achit bergraduan pada 16 Oktober, 18 oktober terus lapor diri di Putrajaya dan 19 Oktober ke Politeknik Kota Kinabalu Sabah.

Logo Politeknik Kota Kinabalu Sabah

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, achit akan menjadi tenaga pengajar di Politeknik Kota Kinabalu Sabah mengajar untuk pelajar-pelajar yang membuat Diploma Akauntansi dan Sijil Simpan Kira. Achit juga akan berkhidmat di bawah jabatan Perdagangan di Poli tersebut.

Politeknik Kota Kinabalu Sabah

Perasaan apabila dapat Politeknik Kota Kinabalu tidak terkata… Memang achit teruja sangat nak ke Sabah, dan akhirnya mendapat peluang untuk mengajar disitu. Alhamdulillah, achit juga ada plan nk sambung Master di Universiti Malaysia Sabah iaitu salah sebuah universiti yang tercantik di Asia. Hehehe… dah rezeki kat sini kan, alang-alang mengajar, terus je belajar… hehehe….

Universiti Malaysia Sabah

Walaubagaimanapun, ada perasaan berat untuk meninggalkan saudara mara, family, kengkawan di semenanjung… Tapi nak wat cam manakan, Sekarang masanya achit berkhidmat untuk anak bangsa pulak… Hope enjoy lah bekerja di Jabatan perdagangan Politeknik tersebut.

Kalau kengkawan ada bejalan2 ke Kota Kinabalu, jagan lupa roger k… Doakan semuanya dipermudahkan k… Untuk pengetahuan kawan-kawan juga, achit akan ke Kota Kinabalu pada 18 Oktober 2010; Flight 9.25 malam.

Hmm… achit nak jumpa semua kengkawan sebelum berlepas ke sana nanti.. Hope dapat kita semua berjumpa semasa konvo t k…

achit kata: Sudah tiba masanya berkhidmat untuk anak bangsa dan membalas jasa baik ibu bapa… waktu bekije plak weyyyy… lalalala

Konvokesyen....

Salam…

Sudah lama achit x update blog disebabkan oleh kekangan kerja di Real Desire Production. Tidak keterlaluan lagi, kalau achit ucapkan Selamat Menyambut Hari raya Aidilfitri kepada semua bloggers… Andai ada tersalah, terkurang, ampun maaf dipinta.

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, achit akan konvo pada 16 Oktober 2010 sesi 8 2.30 petang di dewan SITC. Hehehe… Hmm… akhirnya 4 tahun belajar di UPSI berhasil juga yew… Sudah tidak sabar untuk menunggu saat-saat tuk bergraduan… Hopefully semuanya dipermudahkan.

Gambar Hiasan

Achit disini nak ucapkan Selamat Bergraduan pada geng-geng berikut:

  • Saripah Dora
  • Hairi Abdullah
  • Nur Ain Razak
  • Nabila Soraya
  • Azaruddin Amri
  • Faiz Mat Ali
  • Khairul Faiz Nordin
  • Noor Hairiza
  • Syazwan Zaharuddin
  • Izi Nasuriddin
  • Khairunnisa
  • Ridzuan Ali
  • Azmi Sofian
  • Yuniza
  • Aliff
  • Imran Kayu
  • Semua budak2 akaun batch 2006/07
  • Semua Sahabat Mahasiswa Universiti batch 2006/07
  • Semua graduan yang bakal bergraduan pada 13-17 OKTOBER 2010 ini.


Tahniah kepada semua di atas, kerana kita telah berjaya untuk mendapat segulung ijazah setelah 4 tahun bersusah payah memperolehnya…


Gambar Hiasan

Juga kepada adik2 domp sume dan geng2 Dompok Entertaintment, korang belajar lek lok supaya memperoleh ijazah satu hari nanti… Dan kepada geng2 di atas, jangan plak korang berhenti belajar setakat ini sahaja, kalau ada peluang, jom sambung ramai-ramai ke peringkat master dan PHD suatu hari nanti…

Akhir kata, Jumpa masa konvo t erk… kami akan berkampung mulai 12 Oktober 2010 – 17 Oktober 2010.

achit kata: Gigih berusaha, akhirnya akan mendapat hasil yang tidak ternilai…

Monday, July 12, 2010

~ kurang 0.02 sahaja ~


Salam.

Selepas 4 tahun belajar di UPSI, semalam akhirnya tiba surat daripada pihak akademik UPSI. TAHNIAH!!! ANDA BAKAL MENERIMA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN PERAKAUNAN KELAS KEDUA ATAS. Achit bersyukur kerana telah berjaya menghabiskan program di UPSI selama 4 tahun. Banyak perkara dan ragam yang achit dapat sepanjang berada di UPSI.

Ya, memang benar, kali ini achit sedikit frust sebab kurang 0.02 sahaja untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda kelas pertama. Betullah kata orang, rezeki kalau tidak ada tak kemana jua. Mungkin kali ini bukan rezeki achit untuk memperoleh Ijazah Sarjuana Muda Kelas Pertama. Fuh.... kalau rajin sikit lagi pasti dapat punya. Tapi nak wat cam mana kan. Banyak itu sahaja rezeki achit. Mungkin ada hikmah di sebalik result 2nd class upper tersebut. Dengan perbezaan 0.02 mampu mengubah sebuah kehidupan kelak. Orangs elalu cakap, 2nd class upper ke, 1st calss ke, tetap jadi CIKGU... yew memang betul... tapi bila cakap soal kepuasan... achit rasa kalau dapat 1st class or result yang tinggi mesti dapat satu kepuasan dalam diri berbanding orang lain. Walaubagaimanapun achit dapat merasa memperoleh 4.00 pada semester akhir dan nikmat memperoleh senarai dekan bagi 8 sem berturut-turut. Alhamdulillah....

Hmm... walaubagaimanapun, achit tetap bersyukur dan berharap terus cemerlang dalam akademik apabila menyambung pengajian di peringkat master dan PHD kelak. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukannya. Hopefully umur 30 at least dah ada master. Kawan-kawan semua doakanlah yew....

achit kata: Kalau 1st class sekarang, kowg x payah bayar PTPTN sesen pown taw... so jangan tinggalkan peluang yang diberikan oleh goverment kita....

Monday, June 28, 2010

SMU??? MSK??? OFF....

Salam

Pejam celik pejam celik, dah sebulan achit bekerja di Real desire... fuh masa begitu cepat berlalu. Hmm... teringat setahub yang lalu, achit bersama teman2 dalam menjayakan Minggu Suai Kenal. Bila terkenang saat-saat MSK, pastinya banyak yang manis. Minggu Suai Kenal merupakan salah satu platform kepada mahasiswa untuk mengasah bakat kepimpinan dan mempelajari pengurusan stress dalam sesuatu keadaan. Seriusly, achit memang banyak belajar daripada Minggu Suai kenal. Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU), itulah platform yang mendidik achit menjadi seorang pemimpin. Senior-senior SMU dulu banyak memberikan ilmu. Dan SMU jugalah yang menyebabkan kedhidupan di kampus sebagai sebuah keluarga. Bukan nak bangga sebab semua orang kenal, tapi bila menyertai sahaja Sahabat Mahasiswa Universiti, we are Family.

Hmm... banyak yang achit pelajari dalam minggu suai kenal. Setakat ini, achit dah menyertai 5 minggu suai kenal dan semuanya ada pelbagai ragam kawan-kawan. Dapat kenal senior, dapat kenal pegawai, dapat kenal junior jugak.... Silap haribulan boleh sangkut junior menjadi pasangan hidup.... hahaha... Hmm, bila keluar dari universiti, memang rindu saat2 bertugas bersama-sama dalam organisasi....

Namun, SMU sekarang ini tidak lagi seperti dulu. Ada yang menyatakan kronisme, sedangkan dari dulu lagi SMU tidak mengamalkan kronisme, sesiapa yang berminat, isi borang, temuduga dan menjadi ahli. Kewujudan SMU di kampus UPSI menyebabkan UPSI meriah dengan pelbagai aktiviti di peringkat global. Siapa yang menjayakan kalau bukan SMU. Juga ramai yang menjadi MPP atau tunjang utama universiti, kolej daripada asal usul SMU. SMU gah dahulu kerana menghasilakn graduan yang berkualiti bukan sahaja di Universiti, malah apabila menjadi guru di luar, mereka-mereka ini lah yang dikatakan anak kandung suluh budiman yang bitara. Lihatlah, senior-senior yang telah posting, semuanya memegang jawatan penting di sekolah sekarang.

Tetapi, hari ini SMU sudah terkubur begitu sahaja di kampus. Malah di bumi Tanjung Malim tidak lagi oarang tahu tenang SMU. Mahasiswa semakin lesu, program di peringkat global juga berkurang, tiada kredibiliti junior2 UPSI. Mungkin betul jugak, mereka tidak ada platform untuk terus ke hadapan seperti SMU dulu. Hmm.... apa sudah jadi? Nak kata senior tidak turunkan ilmu, ia tidaklah benar sama sekali, nak kata mahasiswa makin tidak suka menyertai program-program universiti, mungkin juga. Entahlah, ada sesetengah pihak yang mahu matikan terus SMU di bumi Tg Malim. Hmm... bagi senior-senior ianya tidak menjadi kepentingan langsung, tapi bagi yang junior tidak ada lagi kesinambungan tampuk kepimpinan universiti sekarang ini. Fuh..... sedihhhh....

Minggu Suai Kenal untuk ambilan kali ini, tidak ada langsung seorang senior pon yang join. Ini kerana pengarah MSK tidak mahu seorang senior pon join. Kenapa erk? Sebab Tuan pengarah MSK kali ini mahukan PERUBAHAN. Beliau mahu PERUBAHAN. Jadi sama-sama kita lihat PERUBAHAN tersebut. Banyak sangat aduan, kritikan, pandangan, kejian, pujian dan tohmahan yangs enior terima tentang kepimpinan MSK kali ini yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ada jugak senior SMU yang tidak sampai hati turun padang semasa Bengkel, namun rakan tersebut di sindir oleh Pengarah MSK kali ini di hadapan khalayak ramai. Hmm.... ini lah perubahan yang dibawa oleh mereka. Senior2 berharap supaya tidak ada yang bergaduh sepanjang minggu Suai kenal. MSK terlalu manis bagi kami kerana dari situlah wujud segalanya. Berikanlah tanda positif pada junior2 akan datang supaya kehidupan kampus ini menyeronokkan. Segala konflik dalaman jangan di tunjuk di hadapan, tetapi tunjukkan anda adalah terbaik dalam MSK. Jangan mencalarkan nama universiti dengan sikap yang tidak profesional. Ini ingatan dan bukan nasihat..... Senior2 MSK tetap mendoakan kejayaan junior2 dalam mengendalikan Minggu Suai Kenal ini. Bagi yangs enior-senior pulak, jom ramai2 memeriahkan lagi Majlis Perkahwinan Sahabat SMU kita Abg Hakim Protokol di Klang pada 4 Julai ini.

achit kata: Pengalaman lebih berharga daripada pembaharuan. Belajar dari pengalaman untuk membuat pembaharuan dan bukan tolak pengalaman kerana ianya pahit.....

Wednesday, June 16, 2010

Dekan 8 sem? 4 flat? huhu

Salam


Sukur Alhamdulillah ke atas Allah Taala, kerana achit layak dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Perakaunan setelah result exam telah keluar semalam. Untuk pengetahuan semua, achit bersyukur sangat sebab buat kali ke-8 disenaraikan sebagai senarai dekan. Hmm. Tidak sia-sia usaha selama 4 tahun berada di UPSI. Cuma frust sikit sebab tidak dapat ijazah sarjana muda kelas pertama. Achit hanya layak Ijazah sarjana muda kelas ke-2 atas sahaja. Tapi x pe sebab achit bersyukur sangatttt...
.
Buat masa ini, achit akan bekerja di Real Desire Production sebagai Financial Officer sementara menunggu posting sebagai Pensyarah Perakaunan di Politeknik @ Kolej Komuniti. Doakan posting ini akan dijalankan dengan segera....

Bersama-sama ini achit kongsikan result achit dari sem 1 hinggalah sem 8 supaya menjadi motivasi kat adik2 junior supaya lebih gigih berusaha dalam akademik. Aktif di universiti bukan menjadi halangan untuk kita supaya terus belajar sebenarnya. Achit tidaklah pandai sangat dan bukan jenis study 24 jam macam kawan-kawan lain. Kawan-kawan hebat sebab boleh menghadap buku lebih dari 1 jam. Achit study 40 minit je maksimum, pas 2 macam biasalah mengacau orang lain study. Huhuhu.

SEMESTER ------- PNGS --------PNGK
-------1-------------- 3.73--------- 3.73

-------2 ------------- 3.52----------3.62

-------3 --------------3.56--------- 3.6
-------
4 -------------- 3.72 -------- 3.63
-------5--------------- 3.73---------3.65

------6--------------- 3.58---------3.64

-------7--------------- 3.78--------- 3.65

-------8--------------- 4.00--------- 3.68


Achit dapat jugak merasa bagaimana orang yang dapat 4.00 dalam result. Sebab, praktikum achit dapat A. So, hepy sangatttttttt..... Terima kasih kepada Pensyarah Dr Jane kerana memberi tunjuk ajar walaupun dia seorang yang tegas dan garang, tapi semuanya berjalan dengan baik. Achit juga ingin ucapkan terima kasih kepada semua warga SMART sebab membantu memberi tunjuk ajar sebagai tenaga pengajar.

Akhir sekali terima kasih kepada semua kengkawan di UPSI yang sentiasa memberi kritikan, pandangan, dan teguran sepanjang berada di UPSI. Kenangan berada di UPSI selama 4 tahun memberi banyak makna dalam hidup seterusnya memberi banyak erti kehidupan sebagai manusia. Tidak lupa jugak ngan adek beradeik UPSI, dak2 akaun sume, pensyarah FPE UPSI, seterusnya semua yang kenal secara rasmi @ tidak.... hehehe....

achit kata: Aktif di universiti sebenarnya membantu kita untuk lebih berusaha dalam akademik kerana akan wujud satu perasaan bimbang sebab banyak x cover, tapi akhirnya mantappp result.... So teruskan aktif erk....