Kerja….
Bermula 8 Jun 2010, achit dah mula bekerja di sebuah firma penyewaan kamera dan video untuk shoting iaitu Real Desire Production Sdn Bhd. Achit bekerja disitu sebagai pegawai kewangan yang menjalankan proses perakaunan yang telah dipelajari sebelum ini. Hmm... lagi pun semua itu achit telah belajar dalam subjek Management Information System di Universiti dulu. Paper killer sem 7 tersebut sekarang ini digunakan untuk bekerja. Tak silap achit, papaer 2 bleh A- bawah kendalian En Shahrul.
Hmm.. so far dah 4 hari bekerja dalam syarikat ini, kebanyakannya kerja achit masukkan data dalam sistem UBS dan membuat kerja-kerja admin seperti buat invois, Purechase voucher dan pergi bank untuk tunaikan cek. Memang lari terus daripada bidang mengajar yang selama ini dah jadi darah daging achit. Nak wat cam mana? Rezeki masing-masing. Achit masih lagi menunggu result praktikum yang x keluar2 lagi sejak 14 Mei 2010. Yang peliknya result student DPLI UPSI yang tamat praktikum pada 28 Mei dah keluar. Ntahlah???
Balik pada cerita kerja, semalam boss ajak pergi makan dekat Tomtam Seafood. Best!!! Then g shopping beli barang persiapan majlis birthday anak dia malam nie.... hehehe.... Kalau korang nak tahu, boss achit sebenarnya cousin achit sendiri. Thats why lah best kije. Hahaha....
Achit mula bekerja dari jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang sahaja. Hmm... bolehlah bangun lewat sikit lepas Subuh. Kalau dulu, pukul 5.30 dah kena bangun pergi sekolah. Maklumlah sekolah jauh 30 km dari rumah.
Berita Baik!!!
Boss bagitahu kalau tidak ada posting lepas nie, terus bekerja dengan dia. Fuh, ini berita baik lah bagi achit supaya tidak terus menanam anggur di rumah. Achit dah dapat rasa posting ke politeknik atau kolej komunti mengambil masa yang lama kerana prosedur kerajaan paham-paham je lah.... yang penting sekarang achit kena mula berfikir tentang masa depan....
Tusyen???
Walaupun bekerja sebagai pegawai kewangan di Real Desire Production Sdn Bhd, achit masih pergi mengajar tusyen setiap hari sabtu di Pusat Tusyen Pustaka Ilmu di Puchong. Fuh, gigih achit bekerja sekarang ini untuk mengumpul duit demi masa depan diri sendiri.... achit still mengajar subjek achit iaitu perakaunan dan Bahasa Melayu SPM di situ.
Hmm... achit nak gtaw semua kengkawan bahawa achit bukan menanam anggur dirumah lagi k, tapi gigih bekerja sekarang ini. Hahaha... Kepada semua kengkawan, kita bertemu semasa Pesta Konvokesyen UPSI pada 12-16 Oktober k. Masa 2 kita bukak cerita masing2.... lalala.....
achit kata: Gigih bekerja tanda orang yang rajin dan sentiasa berfikir tentang masa depan.... ANDA BAGAIMANA????
1 comments:
yea achit..insyallah..
bagus la dah xtanam anggur..
t pelikkan nape DpLi keluar awal ea..sedangkan u all abis praktikum awal..
Post a Comment